Showing posts with label Tips Kebahagiaan. Show all posts
Showing posts with label Tips Kebahagiaan. Show all posts

December 27, 2010

Menangani rasa cemburu

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’ adalah bidalan Melayu yang membawa pengertian dalam mengharungi hidup berumah tangga, khususnya dalam hubungan antara suami dan isteri, perselisihan adalah satu kemestian.

Perselisihan adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun, ia boleh diperbaiki, dengan menggunakan cara yang bijaksana dan bertoleransi.

Banyak sebab yang menjadi punca perselisihan. Antaranya kerana mentua, jiran, teman-teman, anak-anak, malah perkara asas dalam kehidupan juga mampu mencetuskan pergaduhan dalam rumah tangga sehingga lauk yang terlupa dimasukkan garam, atau air kopi yang terlupa ditambah gula.

Paling meruncing ialah apabila masing-masing mula cemburu terhadap satu sama lain, sama ada mereka mempunyai bukti nyata atau hanya berupa prasangka sahaja.

Perkara sedemikian jika dibiarkan berterusan akan melarat sehingga tercipta penceraian dalam rumahtangga.

Ada di kalangan masyarakat yang menganggap perselisihan rumah tangga sebagai garam di dalam lauk. Tanpa perselisihan, rumah tangga hambar dan tawar, umpama lauk tidak bergaram.

Namun, garam itu hendaklah diletak secara berpada-pada supaya tidak terlalu banyak sehingga boleh merosakkan lauk sebelanga.

Perkara inilah yang harus diperhatikan oleh setiap insan yang bertekad mahu mendirikan rumah tangga. Ia juga perlu menjadi renungan pasangan suami dan isteri yang menerajui bahtera hidup berumah tangga.

Sesungguhnya, perkahwinan adalah satu cabaran yang harus dihadapi oleh setiap kaum lelaki. Dalam perkahwinan, suami akan berkongsi hidup dengan isteri.

Biarpun seburuk mana isteri namun seharusnya terimalah seadanya seperti yang terungkap semasa akad.


Kata pujangga, perempuan bagaikan angin, lembutnya melenakan, ributnya pula mampu menggusarkan.

Adakalanya mereka seperti ibu menyaji kasih, menghidang sayang malah adakalanya mereka seperti anak yang ingin dibelai, minta dimanjakan seperti anak kecil namun adakalanya mereka seperti nenek yang sering berleter seadanya, merungut semahunya.

Namun, bahagia dan derita hanya kita yang mencorakkan sendiri

Mendirikan sebuah rumah tangga biarpun untuk ke sekian kali namun memerlukan kematangan dan kedewasaan fikiran dan perasaan.

Kematangan bererti kemampuan seseorang menahan marah dalam suasana krisis dan perselisihan serta dapat menyelesaikan masalah tanpa menggunakan kekerasan dan menjauhi segala cara yang boleh membawa kepada keruntuhan perkahwinan itu.

Sebagai bukti kepada kematangannya, seseorang itu sanggup mengaku salah apabila benar-benar bersalah dan tidak cuba menyalahkan orang lain apabila berpeluang berbuat demikian.

Bagi Islam, rumah tangga perlu ditegakkan atas asas cinta dan kasih sayang.

Perkara ini jelas dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan di antara keterangannya juga, bahawa ia menjadikan isteri bagimu yang sebangsa dengan kamu, supaya kamu boleh diam bersama-sama dengan dia, serta berkasih sayang dan cinta menyintai.” (Surah Ar Rum, ayat 21).

Cinta dan kasih sayang yang dimaksudkan bukanlah hasil daripada cinta pandang pertama tetapi ia lahir daripada rasa tanggungjawab mengikut amanah dan kepercayaan, serta tidak dipengaruhi oleh kehendak kebendaan atau nafsu.

Rasa cinta sebegini boleh membawa suami sentiasa bersikap matang dan sihat dalam segala layanannya terhadap isteri dan di kala menghadapi krisis rumah tangga yang tidak dapat dielakkan.

Suasana rumah tangga akan menjadi lebih mesra dan ceria apabila suami mengenali diri isterinya sebagai manusia yang mudah tersinggung dan mudah terasa.

Suami jangan sekali-kali cuai dan lupa memberi penghargaan kepada peranan isteri sebagai suri rumah tangga yang benar-benar bertanggungjawab.

Sebenarnya, tidak susah bagi suami membisikkan kata-kata pujian ke telinga isterinya setiap kali menikmati masakan atau melihatnya berpakaian baru. Berilah hadiah, walaupun kecil, sebagai tanda penghargaan suami terhadap isteri apabila menyambut hari jadinya.

Termasuk dalam penghargaan juga ialah memberi sangkaan baik terhadap tingkah laku isteri, tidak memperlihatkan apa-apa kecurigaan terhadap kejujuran dan keikhlasan isteri, tidak cuba mengintip gerak- gerinya kerana didorong rasa cemburu yang melulu.

Sesungguhnya, rumah tangga yang bahagia dapat diwujudkan hasil kerja keras, saling mengerti, tolong menolong dan persefahaman antara suami dan isteri.

Dalam mengemudi bahtera sebuah rumah tangga, suami berperanan sebagai nakhoda kapal yang bertanggungjawab mengendali dan menjaga keselamatan seisi anak kapal.

Manakala isteri pula berperanan sebagai jurumudi yang mengawal haluan bahtera. Paduan erat antara keduanya mampu menyelamatkan bahtera dan seluruh isinya daripada tenggelam dilanda badai dan gelora.
»»  READMORE...

December 25, 2010

15 Kesilapan Ibu Bapa Mendidik Anak

1. Kurang berdoa

1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) ,Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) dan Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128), Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)  dan Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti : menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Menegur anak secara negatif, mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah), membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
 

5. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (fizikal), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

 
7. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas, ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
»»  READMORE...

December 24, 2010

3 Mitos Cara Untuk Hamil Cepat

Di bawah adalah 3 mitos cara untuk hamil cepat . Sebenarnya mitos-mitos cara untuk hamilcepat ada yang betul dan ada juga yang tak betul. Oleh itu, berhati-hati bila menuruti apa-apatips cepat mengandung dengan memastikan mitos-mitos tersebut disokong oleh kajian sains sebelum menurutinya.



1. Olahraga cara untuk hamil cepat
Mitos ini adalah benar di mana olahraga ringan seperti berenang atau berjalan cepat akan menjadikan tubuh lebih sihat dan cergas. Di samping itu juga ia dapat membantu untuk mencapai berat badan yang ideal kerana berat badan ideal juga menjadi salah satu faktor untuk mudah hamil. Wanita dengan berat badan deal biasanya akan lebih mudah hamil berbanding wanita yang mengalami masalah berat badan. Terlalu gemuk atau terlalu kurus menyebabkan wanita mendapat masalah untuk hamil .
2. Bila Inginkan anak kembar, berhubungan intim 2 x dalam Jarak Waktu yang Singkat
Ini merupakan satu mitos yang salah kerana kemungkinan untuk kelahiran bayi kembar adalah lebih disebabkan oleh pengaruh sperma dan sel telur saat persenyawaan. Boleh jadi samada kembar satu sel telur atau dua sel telur. Salah satu alasan ilmiah yang masih boleh diterima adalah terdapat kemungkinan terdapat penurunan gen kembar.
3. Ambil anak angkat sebagai cara untuk cepat  hamil
Mitos ini masih belum dibuktikan oleh sains. Walaupun begitu terdapat beberapa pasangan yang telah membuktikan tips cepat hamil ini. Dari segi pandangan pakar, kehadiran anak angkat sebenarnya  mempengaruhi psikologi pasangan terutama si ibu. Ketegangan emosi dan depresi si ibu berkurang hingga memberi pengaruh positif pada keadaan  psikologinya. Tekanan juga merupakan salah satu penyebab masalah untuk hamil, maka berkurangnya stress dapat membantu meningkatkan produksi hormon yang akan mengoptimakan fungsi sistem reproduksi sehingga pada akhirnya dapat mempercepatkan berlakunya kehamilan.
»»  READMORE...

December 23, 2010

Tips mengeratkan ikatan kekeluargaan

Sering terjadi keluarga yang porak peranda. Anak-anak menjadi mangsa lalu terbiar tanpa sebarang perhatian.. Ibu bapa tidak pernah ambik peduli dengan apa yang terjadi. Akhirnya anak-anak terjebak dalam kancah kehidupan yang tidak sihat seperti dadah, arak, zina, dan pelbagai lagi masalah sosial masa kini.

Sehubungan dari itu, peranan ibu bapa amat penting dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dengan hubungan kekeluargaan yang utuh dan kuat inilah, kita dapat mengatasi perpecahan didalam keluarga. Dan apabila percahan ini tidak diatasi segera. Berlakulah porak peranda yang menyebabkan keruntuhan intitusi kekeluargaan.


Di antara pekara yang ibubapa boleh lakukan ialah;
  1. Makan bersama-sama terutama makan malam. Ketika ini cuba mulakan sebarang perbualan berkenaan perkara yang digemari oleh anak-anak. Boleh juga cuba menyuruh mereka bercerita apa yang berlaku pada hari itu. Sebaik-baiknya tv hendaklah ditutup.
  2. Bantu membuat kerja sekolah atau melihat buku kerja dan latihan mereka. Jika tidak dapat menolong cukup sekadar menunjuk minat pada apa yang mereka belajar.
  3. Menghadiri semua acara sukan dan aktiviti mereka. Kalah atau menang berikan sokongan yang menggalakkan.
  4. Bermain bersama-sama permainan kegemaran mereka seperti catur, dam, scrabble atau uno.
  5. Menonton bersama rancangan tv kegemaran mereka.
  6. Keluar bersama sekeluarga melawat saudara mara, berkelah atau menonton wayang.
  7. Bersenam bersama-sama.
  8. Beribadat bersama-sama seperti sembahyang berjemaah, pergi ke masjid atau menghadiri majlis ilmu.
  9. Melakukan kerja-kerja rumah bersama seperti mengecat, memasak, membasuh, berkebun atau membeli barang dapur.
  10. Hantar dan jemput ke tempat mereka hendak pergi. Semasa dalam kereta izinkan mereka memilih saluran radio.
  11. Berbual-bual pendek sebelum mereka tidur sebaiknya ketika ini kita lebih banyak mendengar sahaja. Suruh mereka bercakap tentang pengalaman yang mereka lalui hari itu atau apa saja yang mereka ingin cerita.
  12. Membaca bersama. Berkumpul sekeluarga dan setiap seorang mengambil giliran membaca secara kuat.
  13. Berkongsi hobi atau menunjukkan minat kepada hobi anak-anak.
  14. Bercuti bersama dan libatkan anak-anak dalam proses merancang percutian tersebut.
  15. Pelawa kawan-kawan rapat mereka datang ke rumah untuk bermain atau berkumpul di rumah. Jika boleh sediakan makanan dan jangan ganggu mereka cuma perhatikan tingkah laku mereka.
  16. Setiap hari katakan mereka disayangi. Berikan penghargaan atau kata-kata perangsang untuk apa yang mereka telah lakukan.
»»  READMORE...

December 21, 2010

Tips Pasangan Bahagia

Assalamualaikum,
Buah Pisang bawa belayar,
Masak sebijik di atas peti,
Mari sama-sama kita belajar,
Supaya tak lupa di kemudian hari.
Sebenarnya, post kali ini tidaklah spesifik sangat. Tapi, saje ingin meluahkan apa yang saya buat. Takde la formal sangat kan. Nama pun blog peribadi. Tetapi, untuk anda, saya tidak akan sia-siakan menghabiskan masa membaca di gedungilmu.

 

Semalam sempat juga saya dapat sedikit tips sesuai untuk sesiapa yang sudah berkeluarga bagi mengeratkan lagi hubungan baik antara suami isteri. Ini saya dapat dari rancangan ‘Semanis Kurma’ di TV9 yang dihoskan oleh pasangan ideal Ustazah Siti Nor Bahiyah dan suaminya. Tajuk ‘Nasi Tangas’ yang sempat saya lihat, tapi dah sampai pada kesimpulan di akhir rancangan. Sedikit tips yang walaupun sedikit saya nak kongsikan juga. Biar sedikit, asal berguna untuk semua.
Sudah tentu anda tahu apa itu ‘Nasi Tangas’ kan? Kalau yang masih tak tahu tu, ‘Nasi Tangas’ ni adalah nasi yang dikangkang oleh Si Isteri untuk dijadikan santapan suami. Ih, saya nak cerita lebih pun tak sanggup. Tetapi perbuatan ini teramatlah dimungkari oleh Allah S.W.T. Janganlah kita lakukan perbuatan yang berdosa besar ini untuk menawan hati suami. Banyak lagi cara yang terbaik yang kita boleh buat.
Saya tidak mahu huraikan terlalu banyak mengenai ‘Nasi Tangas’. Cuma anda tahu maksud dia sedikit sudah memadai dan jangan sesekali dicuba. Amat dilarang di sisi Agama Islam. Tips yang terbaik yang boleh kita amalkan bagi yang tidak tahu untuk manawan hati suami ataupun suami ingin menawan hati isteri yang mana ingin mengeratkan hubungan yang lagi erat dan intim, salah satu caranya ialah:
1.    Amalkan membaca Surah Yusuf; ayat-30 (qodsyarofaha hubba)
2.    Tiupkan pada air
3.    Jika anda tidak tahu ayat-ayat lain, anda boleh gunakan Surah Al-Fatihah sahaja sudah memadai kerana surah tersebut adalah ibu segala surah.
Tips yang saya sendiri gunakan dan amalkan mudah sekali:
1.    Sentiasa mengambil hati suami
2.    Jangan cepat marah dan juga cepat cemburu
3.    Jangan berprasangka buruk dengan suami
4.    Jika rasa ke arah menjadi pertengkaran atau perselisihan faham, cuba elakkan dengan menukar topik lain atau minta maaf jika tersasul kata, tak boleh biar lama tau.
5.    Jangan rasa kita ni perfect sebab selalu nampak buruk suami/isteri sahaja. So, muhasabah diri itu penting sebelum lihat kesalahan orang lain.
Tips di atas amat penting sebagai basic/asas kesejahteraan rumahtangga. Islam adalah agama yang lengkap. Gunakan panduan yang ada di dalamnya sahaja. Tidak ada formula yang lebih baik lagi dari formula dalam agama kita sendiri.
Semoga tips dan ilmu hari ini memberi anda inspirasi.
»»  READMORE...

Mengatasi Pertengkaran

Pertengkaran dalam kehidupan rumah tangga, adalah sesuatu yang mungkin dan wajar terjadi. Bahkan orang sering menyebut bahwa kehidupan rumah tangga tanpa adanya masalah, ibarat sayur tanpa garam. Hambar dan membosankan.


Namun yang jadi masalah adalah, bagaimana pertengkaran itu bisa diselesaikan. Tidak sedikit permasalahan dalam rumah tangga berlanjut terus tanpa unjung. Yang akhirnya pertengkaran itu akan mengancam kehidupan rumah tangga. Berikut adalah tips dalam mengatasi pertengkaran dalam rumah tangga :
Tetap Tenang
Saat pertengkaran terjadi, sebaiknya jangan sampai perasaan marah itu melanda kedua pihak. Salah satu dari pasangan sebaiknya mengalah dan tetap tenang dalam mengahadapi permasalah itu. Hadapi dengan kepala dingin.
Tanyakan Apa yang Dia Inginkan
Persoalan tidak akan selesai kalau semua ingin menang sendiri. Tanyakan apa yang pasangan inginkan. Bersikap terbuka dan menaruh perhatian kepada pasangan akan membuat pasangan bahagia dan merasa diperhatikan.
Minta Maaf
Mengalah bukan berarti kalah. Jika Anda dan pasangan dilingkupi cinta yang dewasa, tentu tidak perlu menunggu siapa yang lebih dulu mengungkapkan maaf.
Sentuhan Lembut
Maaf tidak hanya sebatas di bibir saja, ada baiknya Anda atau pasangan mengiringi permintaan maaf dengan tindakan menyentuh atau membelai lembut pasangan.
Sumber : berbagai sumber.
»»  READMORE...

December 20, 2010

8P Tip kebahagian rumahtangga

1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.


3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
»»  READMORE...

December 18, 2010

Tips Berdepan Dengan Suami Sensitif & Pemarah

Ego seorang suami ada kala sering disalahgunakan sehingga menyebabkan keruntuhan rumah tangga. Lebih menyedihkan lagi jika ia hanya berpunca daripada masalah kecil yang tidak sepatutnya menjadi punca perbalahan. Tambah menakutkan jika ada suami yang sanggup memukul isteri apabila berasa egonya tercabar.

Lelaki pemarah biasanya tinggi egonya. Mereka jarang rasa bersalah biarpun tidnakan mereka melukakan hati si isteri. Keadaan seperti ini sudah pasti menyukarkan bagi sesebuah perkahwinan apatah lagi, jika pasangan berdepan dengan masalah seperti kesuburan dan sukar menimang cahaya mata. Sekiranya anda berada dalam situasi sebegini, anda perlu lebih berstrategi untuk berdepan dengan suami yang ego dan lekas marah apabila diajak berbincang.


Perlu diingat, antara topik yang sukar dibincang oleh pihak suami ialah berkenaan seks dengan isteri, kesuburan ataupun masalah kelelakian. Ada sesetengah suami boleh mengugut menceraikan isteri kerana masalah sebegini. Jadi, bagi membantu anda berdepan dengan situasi sebegini, pihak isteri perlu bijak memilih pendekatan bagaimana caranya berdepan dengan mereka.

Tindakan anda mendiamkan diri kerana takut dimarahi suami hanya membebankan lagi masalah tersedia ada. Jika anda ingin berbincang mengenai topik sensitif berkaitan dirinya, pastikan ia dilakukan mengikut masa dan mood yang sesuai.


Terdapat beberapa panduan boleh dipraktiskan:

1. Elak berdebat atau kemukakan pandangan anda di saat suami sedang beremosi. Tindakan anda mungkin sia-sia sahaja malah boleh mengundang padah apabila si suami semakin marah kerana rasa ditentang atau dicabar oleh isteri sendiri. Akibatnya, si isteri boleh terikut-ikut menjadi ‘panas’ sehingga berlakunya pertelingkahan. Jika berlarutan, psikologi si isteri boleh terganggu dan pernikahan juga akan terancam. Sebaiknya dalam situasi ini, anda perlu sedikit mengalah atau mengambil sikap tidak mempedulikannya dulu.

2. Langkah yang baik adalah mengajaknya berbicara untuk menyelesaikan masalah yang menjadi punca kemarahannya. Lakukan saat kemarahannya sudah reda. Gunakan gaya bicara yang halus agar emosinya tidak ‘naik’ lagi. Mungkin anda boleh berbincang sambil mengurut-urut badan suami selepas pulang kerja ataupun ketika menonton bersama. Yang pasti pilih masa dan mood yang baik!

3. Suami pemarah lebih suka berterus-terang. Salah satu aspek positif yang terdapat pada suami panas baran ataupun pemarah ialah sikap suka berterus-terang dan jujur mengenai apa yang mereka suka ataupun tidak. Hanya sayangnya, cara mereka mengungkapkan lebih cenderung kasar dan bernada marah. Jadi elakkan diri daripada menyindir, berkias-kias ataupun menunjukkan muka seperti berahsia sesuatu daripadanya.

4. Apabila suami memberi pandangan yang agak keras, anda perlu menganggapnya sebagai satu kritikan untuk anda. Dan ambil sebagai satu cabaran untuk memperbaiki kelemah diri anda. Tidak guna terlalu emosi dengan kata-kata suami terhadap anda. Walau mengalir air mata sekalipun si suami pemarah biasanya sukar mengubah pendapatnya dan lebih buruk lagi, mereka tidak akan berasa bersalah sedikitpun!


5. Cuba fahami latar belakang suami anda. Individu yang memiliki sifat ‘temperamental’ biasanya mudah terpancing kemarahannya oleh situasi atau keadaan di luar keinginananya. Hanya kerana tersilap kata ataupun nada suara yang salah sahaja sudah boleh mengundang pertengkaran. Menurut penulis buku ‘The Complete Idiot’s Guide to Body Language’, Dr Peter Andersen, sifat pemarah ataupun panas baran juga sebenarnya boleh disebabkan oleh pola asuhan dalam keluarga juga mempunyai kaitan kepada sifat pemarah individu berkenaan.

6. Justeru itu, pastikan keadaan rumah tangga anda berdua berada dalam keadaan menyenangkan agar suami anda berasa nyaman dan tidak mudah marah-marah seperti berada dalam keluarganya dulu. Cuba dapatkan lebih banyak maklumat mengenai apa yang menyebabkannya gembira dan sebaliknya yang membuatnya kesal dan marah.Ego seorang suami ada kala sering disalahgunakan sehingga menyebabkan keruntuhan rumah tangga. Lebih menyedihkan lagi jika ia hanya berpunca daripada masalah kecil yang tidak sepatutnya menjadi punca perbalahan. Tambah menakutkan jika ada suami yang sanggup memukul isteri apabila berasa egonya tercabar.
»»  READMORE...

December 13, 2010

Tips membina rumahku, syurgaku

Membina Kebahagiaan
Kebahagiaan adalah suatu yang abstrak yang lahir dari hati seseorang.  Tanda kebahagiaan antaranya dapat dilihat apabila seseorang itu berasa tenang, suka dan gembira.  Ini dapat dinilai melalui raut  wajah dan tingkah lakunya.  Kebahagiaan adalah sesuatu yang amat penting kepada setiap insan.  Ia
menjadi suatu matlamat hidup seseorang di dunia mahupun di akhirat.  Oleh  itu mengapa setiap orang sanggup bersusah payah dan bermati-matian untuk mencari kebahagiaan.

Sebaliknya kegagalan untuk mendapat kebahagiaan akan membawa kepada kekecewaan.  Kita dapati, ramai orang menjadi gila kerana hidupnya tidak bahagia.  Ada pula yang sanggup mati kerana gagal menemui kebahagiaan.  Hakikatnya kemuncak kebahagiaan  sebenar dalam hidup seseorang itu ialah apabila ia telah berjaya melakukan kebaikan atau amal soleh serta menghindari segala bentuk larangan yang telah ditetapkan oleh Islam.  Ciri utama yang menjadi ukuran masyarakat yang bahagia ialah mereka yang patuh kepada suruhan Allah secara terus menerus dengan penuh khusyu’


Mewujudkan suasana penghayatan Islam dalam keluarga

Islam telah meletakkan asas yang sempurna supaya rumah menjadi suatu tempat yang selesa kerana kebahagiaan itu bermula di rumah.  Untuk menjadikan rumah sebagai syurga maka aktiviti-aktiviti seperti mendirikan sembahyang secara berjemaah, membaca al-Quran, memberi salam ketika masuk dan keluar rumah dan sebagainya perlu dihidupkan bagi mewujudkan suasana yang harmoni di dalam sesebuah rumah tangga.


Mengekalkan kedamaian dan Kerukunan rumah tangga

Rumah tangga bahagia ialah rumah tangga yang wujud unsur-unsur kedamaian dan keselesaan.  Suami sebagai ketua keluarga berkewajipan memimpin isteri dan anak-anaknya menerusi kehidupan yang diredhai Allah SWT dengan memberi didikan agama dan menerapkan nilai-nilai murni kepada mereka.  Di antara unsur-unsur kedamaian di dalam rumah tangga ialah menanamkan sikap tolong menolong dan bantu membantu dalam keluarga, menjalinkan semangat kejiranan yang baik, menunaikan tuntutan fardhu kifayah, mengadakan aktiviti rekreasi dan sebagainya.  Semuanya ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dan mewujudkan kemesraan dalam
keluarga.


Mengukuh dan menjaga ekonomi rumah tangga

Tidak dinafikan bahawa wang dan harta merupakan satu keperluan dalam kehidupan berumah tangga, lebih-lebih lagi di zaman yang serba mencabar ini.  Boleh dikatakan hampir keseluruhan keperluan hidup memerlukan wang.  Oleh itu Islam menyuruh umatnya bekerja kuat mencari kehidupan yang kukuh dan maju supaya dunia ini dipenuhi dengan kemakmuran.  Dalam memperkukuhkan kedudukan ekonomi rumah tangga, setiap keluarga mestilah menguruskan soal-soal perbelanjaan dengan jalan yang betul dan halal.  Perkara-perkara yang menjadi tegahan agama seperti pembaziran,

makan riba, rasuah, menipu, merompak dan sebagainya wajib dijauhi malahan Islam menyuruh umatnya supaya hidup bersederhana dan berjimat cermat serta mengutamakan keberkatan Ilahi.  Rezeki yang diperolehi itu sepertiga daripadanya hendaklah dibelanjakan untuk maksud nafkah, satu pertiga untuk maslahat umur seperti zakat, sedekah dan seumpamanya dan sepertiga lagi adalah untuk tabungan atau simpanan untuk kegunaan di masa depan.


Mewujudkan keselesaan dan keindahan dalam rumah tangga

Rumah tangga adalah tempat sesebuah keluarga menikmati hidup.  Keselesaan dalam rumah amat mustahak kerana kebahagiaan keluarga itu bermula di rumah.  Kebersihan di dalam rumah akan melahirkan suasana yang harmoni dan sejahtera kerana kebanyakan gejala sosial hari ini adalah berpunca dari kepincangan rumah tangga dan keadaan rumah yang tidak terurus.


Berkomunikasi secara baik

Hubungan antara individu dalam keluarga adalah penting untuk menjamin keharmonian di dalam rumah tangga.  Aspek hubungan antara  individu atau komunikasi ini amat dititikberatkan oleh Islam.  Firman Allah SWT yang bermaksud:

“mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia...”.  
(ali-Imran: 112)

 Di dalam ayat di atas jelas menunjukkan unsur berhubungan amatlah penting untuk menjamin manusia mencapai kebahagiaan.  Dalam mencapai tahap kesempurnaan sesebuah keluarga, setiap ahli keluarga hendaklah memahami diri dan peranan masing-masing serta menjalankan kewajipannya. 

Manakala bagi mengekalkan dan meningkatkan hubungan baik dalam keluarga pulak, aspek kemahiran komunikasi adalah sangat penting.  Kebanyakan orang tidak peka dengan keperluan ini dan tidak mengambil inisiatif untuk memahami setiap permasalahan yang timbil dalam keluarga sedangkan pendekatan ‘hikmah’ seperti toleransi, pemaaf dan sebagainya amat dituntut oleh syarak.


Memupuk kasih sayang dalam keluarga

Kasih sayang dalam keluarga adalah penting.  Elemen ini perlu wujud dan disuburkan dalam sesebuah keluarga bagi melahirkan kedamaian, kesejahteraan dan kebahagiaan.  Banyak cara boleh dilakukan bagi  mewujudkan perasaan kasih sayang dalam keluarga.

Di antaranya ialah melalui didikan yang sempurna.  Selain pendidikan secara formal yang diterima di sekolah, anak-anak juga perlu dibentuk dan ditanamkan dengan perasaan kasih sayang dan semangat kerjasama, tunjuk ajar, nasihat dan kaunseling yang membina.  Lebih daripada itu anak-anak bukan sahaja perlu diajar supaya saling menyayangi sesama ahli keluarga, malah merasa sayang terhadap binatang peliharaan dan harta benda.

Mereka  hendaklah selalu diingatkan  bahawa Allah SWT sangat suka kepada orang-orang yang mempunyai perasaan  kasih sayang, suka bekerjasama dan tolong menolong sesama sendiri.  Sebaliknya Allah SWT benci kepada  orang-orang yang sering bergaduh, bermusuh-musuhan, tidak mahu bekerjasama dan benci-membenci sesama sendiri.  Sekiranya berlaku perkara-perkara yang boleh merosakkan hubungan kasih sayang di dalam sesebuah keluarga, setiap ahlinya terutama sekali para ibu bapa hendaklah segera mencari jalan penyelesaian.

Sesungguhnya kasih sayang adalah sangat penting dalam sesebuah keluarga.  Sekiranya dalam sesebuah keluarga itu tidak wujud satu ikatan yang baik dan harmoni, maka masyarakat akan menjadi pincang, lantas bangsa dan negara menjadi lemah.  Apabila situasi  ini berlaku kemajuan tidak akan dapat dicapai dan masyarakat penyayang tidak dapat diwujudkan.
»»  READMORE...

December 11, 2010

Tips memelihara kebahagiaan

Panduan kebahagiaan rumah tangga

Oleh ZULKIFLI JALIL

pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 15 Nov. - Bimbang dengan trend perceraian terutama dalam tempoh 10 tahun pertama, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) berkata, kebahagiaan sesebuah rumah tangga itu boleh dikecapi sehidup semati asalkan setiap pasangan berpegang kepada prinsip tertentu.

Antaranya, jangan peras pendapatan isteri, tidak menjadikan artis bercerai-berai sebagai idola, tidak bertunang terlalu lama dan tabah mengharungi cabaran material masa kini.

Menurutnya, keghairahan sesetengah media memberi liputan meluas kepada isu perceraian dan perkahwinan seseorang artis juga boleh mendatangkan musibah kerana peminat yang menjadikan mereka idola akan terikut-ikut dengan trend negatif itu.

''Kerap kali saya tengok ada sehingga setengah muka surat akhbar disediakan untuk cerita artis terbabit, ini boleh memberi impak negatif kepada masyarakat.
''Juga, dalam hal rumah tangga ini, kalau suami isteri tu sama-sama makan gaji, jangan pula si suami peras isteri, kalau pinjam duit isteri tu bayar baliklah sebab yang bertangggungjawab dalam hal rumah tangga, anak dan isteri, adalah suami.
''Demikian juga bagi pasangan yang bertunang, jangan bertunang lama-lama sehingga dua atau tiga tahun kerana dikhuatiri mereka fikir boleh jalan dan tidur bersama. Lagipun kemanisan hidup berumah tangga mungkin tidak ada, sebab sudah selalu bertemu," kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang mendapati perkahwinan dalam tempoh 10 tahun pertama amat terdedah kepada keruntuhan rumah tangga sekiranya tiada kesabaran.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Othman Mustapha, kajian Jakim pada 2008 itu mendapati pada tempoh berkenaan, perkahwinan menghadapi cabaran hebat seperti rumah tangga mudah goyah sehingga berlakunya perceraian.

Kata beliau, dalam kajian pada 2007 pula mendapati 32.2 peratus perkahwinan untuk tempoh lima tahun pertama mengalami perceraian.
Selain itu 27.7 peratus perceraian berlaku untuk tempoh enam hingga 10 tahun pertama perkahwinan.



 
Disini saya sertakan tips bagaimana untuk kita menjaga kebahagiaan rumah tangga yang kita bina agar perceraian dan keruntuhan rumah tangga dapat dielakkan...

1. Belajar menguruskan pemikiran, perasaan dan hati sendiri supaya kita boleh faham dan rasai perasaan orang lain.

2. Belajar bagaimana berkomunikasi dengan baik supaya pasangan tidak terasa terhina atau merendah diri. Komunikasi adalah nyawa dalam hubungan.

3. Jangan menyinggung dan merendahkan pasangan anda secara lisan atau bukan lisan.

4. Jangan tunjuk kuasa. Belajar bersikap terbuka.

5. Tingkatkan keyakinan pada Tuhan.

6. Jangan cepat melatah dalam menguruskan rumahtangga

7. Bina hubungan intim dengan kefdua-dua belah keluarga.

8. Cari pakar rujuk dalam apa jua krisi rumahtangga.

9. Bagi ruang kepada suami/ isteri untuk luahkan apa yang dia rasa.

10. Bagi pasangan yang bekerja, menguruskan karier dan keluarga haruslah serentak.

11. Cuba dapatkan pendapatan yang benar-benar halal.

12. Bina gaya hidup beragama. Didik isteri.

13. Banyakkan aktiviti bersama keluarga.

14. Belajar mentafsir al-Quran

15. Rajin minta maaf dan memaafkan.

16. Banyakkan berbincang

17. Banyakkan berSYUKUR, SABAR dan IKHLAS
»»  READMORE...

December 8, 2010

Mendidik anak - Hargai dgn pujian & kasih sayang

Anak adalah anugerah, ujian dan amanah kepada kedua-dua ibu bapanya. Tiada yang lebih berharga dalam kehidupan pasangan suami isteri selain dikurniakan dengan anak-anak yang sihat, cerdik, cergas dan cerdas. Selain itu, pastinya setiap pasangan menginginkan anak-anak yang bersahsiah baik dan berakhlak mulia, tetapi adakah peribadi dan akhlak mulia anak-anak ini terjadi dengan sendirinya atau memerlukan kepada asuhan serta didikan yang terpuji daripada ibu bapa mereka?

Sebagaimana yang kita maklumi bahawa proses pendidikan kepada anak-anak ini sewajarnya bermula semenjak dari dalam kandungan ibu lagi. Malah lebih daripada itu, Islam turut menganjurkan supaya pasangan suami isteri yang akan melakukan persetubuhan agar membaca doa terlebih dahulu. 

Ini penting agar pasangan suami isteri dan zuriat mereka terhindar daripada godaan serta pengaruh syaitan. Demikianlah kita dapat melihat betapa prihatinnya Islam dalam mendidik pasangan suami isteri untuk melahirkan zuriat dan generasi yang soleh dan solehah.

Menurut Imam al-Ghazali, anak-anak adalah seperti sebutir batu permata yang belum digilap. Ibu bapalah yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah dan berkilauan. Jelasnya, ibu bapalah yang akan menentukan sama ada anak-anaknya `menjadi' atau tidak. Dalam proses mendidik anak-anak, Islam menekankan konsep kasih sayang, penghormatan dan ketegasan. Ini penting agar keperluan fitrah, potensi diri dan nilai-nilai mulia dapat dibangunkan dalam jiwa anak-anak.




Sekumpulan pakar pendidikan kanak-kanak dari Universiti Kebangsaan Malaysia menyatakan bahawa dalam budaya Timur, khususnya masyarakat Melayu, amat jarang pengiktirafan sama ada berbentuk pujian, kata-kata perangsang, perhatian, penghargaan atau ganjaran dalam bentuk hadiah diberikan kepada anak-anak apabila mereka melakukan perkara yang baik. Para ibu bapa juga biasanya kurang atau tidak memberi pujian kepada anak-anak terutamanya anak-anak yang sudah bersekolah (golongan remaja). Malah sesetengah ibu bapa berasa malu dan kekok untuk memaklumkan penghargaan atau pujian kepada anak-anak mereka.

Namun, apabila anak-anak melakukan sesuatu kesalahan atau kesilapan, dengan mudah ibu bapa memarahi, meninggikan suara, menghukum, memukul, merotan atau mendenda anak-anak tersebut tanpa menjelaskan apa kesalahan mereka serta menasihati anak-anak mereka dengan penuh hikmah serta belaian kasih sayang agar mereka tidak mengulangi lagi kesalahan tersebut. 

Bagaimanakah ibu bapa ingin melahirkan anak-anak yang cemerlang sedangkan mereka sendiripun tidak secemerlang mana tentang ilmu-ilmu keibubapaan? Jangan salahkan anak-anak sekiranya mereka bersikap pasif, memberontak serta merasakan diri mereka tidak diberikan perhatian. 

Para ibu bapa sewajarnya mengoreksi diri kerana mereka telah mengabaikan aspek-aspek positif, kasih sayang, penghargaan, pengiktirafan dan perhatian yang sepatutnya difokuskan kepada anak-anak mereka. Beberapa rumusan kajian sosiologi pendidikan mendapati bahawa denda dan hukuman adalah cara yang paling biasa digunakan oleh ibu bapa untuk mendisiplinkan anak-anak mereka. 

Namun pendekatan ini adalah kurang sesuai dan tidak digalakkan walaupun ia nampak berkesan untuk memberhentikan atau mengurangkan sesuatu tabiat buruk anak-anak. Memarahi, mendenda atau memukul membawa lebih banyak keburukan dan hanya patut digunakan sebagai jalan terakhir bagi menangani sesuatu perbuatan buruk yang dilakukan oleh anak-anak, setelah kesemua langkah pemantapan positif tidak berjaya. 

Secara idealnya, seseorang kanak-kanak haruslah dibesarkan dengan pengaruh positif, iaitu dengan melebihkan ganjaran (kata-kata pujian, perangsang, penghargaan atau hadiah) daripada hukuman (memarahi, mengherdik, mendenda atau memukul). Perlu dijelaskan bahawa mendenda, memukul atau merotan anak ada kalanya perlu kita laksanakan, terutamanya apabila anak-anak melakukan perkara yang melampaui had atau melanggar perintah syariat seperti meninggalkan solat. 

Hal ini bertepatan dengan perintah Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang terkandung dalam sabda baginda yang bermaksud: "Suruhlah anak-anak kamu solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka sekiranya mereka meninggalkannya (solat) ketika berumur sepuluh tahun." (Hadis riwayat Abu Daud) 

Sebenarnya perwatakan atau personaliti anak-anak banyak bergantung kepada jenis pendedahan yang mereka terima sama ada berunsur positif atau negatif. Setiap pendedahan ini akan tertanam di dalam minda mereka sebagai pembelajaran masa lampau. Inilah antara faktor utama yang membentuk keperibadian, pemikiran, tindak-tanduk serta nilai yang akan dibawa oleh anak-anak itu. Oleh sebab itulah, lazimnya kita mendapati jikalau sesebuah keluarga itu bermasalah, maka ia akan melahirkan anak-anak yang bermasalah pula. 

Justeru, menjadi tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak mereka dengan pendedahan kepada nilai-nilai positif agar mereka menjadi insan yang cemerlang. Realiti ibu bapa pada hari ini terlalu memberi kebebasan kepada anak-anak mereka. Kebanyakan ibu bapa bersikap permisif iaitu membiarkan anak-anak melakukan apa sahaja dengan bebas tanpa had sempadannya. Ibu bapa sebenarnya bertanggungjawab menjelaskan kepada anak-anak bahawa kebebasan manusia telah ditentukan oleh Allah. Sikap permisif ibu bapa hanya akan mendorong anak-anak untuk melanggar had kebebasan yang ditentukan oleh Allah. 

Ibu bapa tidak sewajarnya terlalu memanjakan anak mereka sehingga tidak pernah bertegas atau menegur kesalahan anak. Akhirnya anak-anak ini akan membesar dan bebas berbuat sesuka hati kerana mereka tidak tahu menilai antara yang baik dan buruk. Filem Anakku Sazali arahan dan lakonan Tan Sri P. Ramlee sangat baik untuk kita renungkan betapa terlampau memanjakan anak itu bakal mengundang akibat buruk, fitnah dan kerosakan.

Sikap permisif para ibu bapa inilah sebenarnya yang turut menyumbang kepada gejala sosial seperti pergaulan bebas, keruntuhan akhlak, penyalahgunaan dadah, aktiviti jenayah dan budaya hedonisme di kalangan remaja. Konklusinya, ibu bapa perlu membina iklim positif dalam mendidik fitrah diri anak-anak. Budayakan amalan kasih sayang, penghargaan, pujian dan pengiktirafan untuk membina potensi dan peribadi mereka. 

Ingatlah bahawa keperibadian anak-anak adalah cermin yang menunjukkan bagaimana corak pendidikan yang mereka terima daripada kedua ibu bapa.

Oleh MAZLAN ZAINOL

(Sumber: Utusan Online
»»  READMORE...

December 6, 2010

Panduan Ke Arah Isteri Teladan

Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar .a., Rasulullah sallallahualaihi-wasallam bersabda : “Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang solehah.”

Dalam sebuah hadis yang Rasulullah sallallahualaihiwasallam bersabda: “Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?” Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya diaakan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.” (hari:Ibnu Majah)

Isteri yang solehah itu selalu memerhatikan akan tanggungjawabnya sebagai isteri, ia hanya berbuat sesuai dengan ketentuan Allah. Di antara ciri-ciri isteri solehah itu ialah bertanggungjawab terhadap kerja-kerjanya. Pada dasarnya kewajipan isteri solehah itu ialah:


1. Patuh dan taat kepada suami yang soleh

Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.

“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…”
(Surah An-Nisa’:34)

Isteri yang solehah itu di samping patuh kepada perintah Allah dan Rasulullah sallallahualaihi-wasallam, ia patuh terhadap suaminya dan menyimpan segala rahsia baik diluar rumah mahupun di dalam rumah. Ia selalu tersenyum dan menunjukkan muka manis terhadap suaminya. Tabiatnya yang baik itu menambah kasih sayang suaminya terhadapnya. Ia tidak pernah membantah kata-kata suaminya yag baik, semuanya dikerjakan dengan patuh kerana Allah.

Isteri yang baik apabila berkata dengan suaminya dengan suara yang lemah lembut dan penuh kesopanan . Begitu pula tidak boleh memerintah kepada suami, kecuali diucapkan dengan suatu yang baik sebagai suatu pertolongan. Walau bagaimanapun, ketaatan isteri terhadap suami tidak dalam semua perkara. Sekiranya perintah suami boleh membawa dosa, maka isteri dibenarkan membantah.

Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki keatas wanita”


2. Menguruskan rumahtangga

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.

Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Disamping itu isteri dapat melakukan pekerjaan rumah seperti menghias rumah dan sebagainya.Walaupun ianya nampak remeh, tetapi ianya amat bermanfaat untuk menjamin keharmonian keluarga.


3.Berhias untuk suami

Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih, kadangkala ramutnya pun tidak terurus. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.

Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri. menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.

Sabda Rasulullah SAW:
“Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.”

(hari:Muttafaqun Alaihi)

Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.


4. Melayani suami

Hubungan seks merupakan penawar kebahagiaan rumahtangga. Ia dipandang sebagai punca keharmonian rumahtangga. Oleh sebab itu isteri hendaklah memberikan layanan yang baik kepada suami dan tidak boleh menolak kemahuan suaminya .

Seorang isteri akan dikutuk oleh malaikat apabila ia menolak kemahuan suaminya sehinggalah suaminya reda kepadanya. Mungkin dalam keadaan tertentu isteri boleh menolak kemahuan suaminya seperti dalam keadaan sekit, atau dalam keadaan yang dilarang oleh syara’ untuk melakukan persetubuhan seperti dalam keadaan haid dan sebagainya.


5. Berpakaian menurut ajaran Islam

Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, ramai wanita pada zaman sekarang ini yang berpakaian tetapi telanjang kerana ia menutup bahaian tertentu sahaja, kalau menutup semua pun tetapi bentuk badannya tetap nampak jelas.

Allah SWT berfirman, ertinya:
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”
(Surah Al-A’raar:26)

Jilbab merupakan satu fesyen pakaian wanta Islam yang menutup tubuh atau sebahagian besar badan wanita di sebelah atas, kecuali muka dan tapak tangan. Jilbab tidak menampakkan tubuh badan. Allah memerintahkan supaya berpakaian demikian supaya dapat membezakan antara wanita beriman dan tidak beriman, ia juga supaya terhindar dari golongan munafik.

Firman Allah yang bermaksud:
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri- isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan Jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka.”Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Penganmpun lagi Maha Penyayang.”
(Surah Al-Ahzab:59)


6. Memberi motivasi terhadap cita-cita suami
Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Itulah hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai “teman hidup”.Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya .

Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.

Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:

  • Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar perintah Allah.
  • Bersikap malu terhadap suami.
  • Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.
  • Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.
  • Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.
  • Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
  • Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.
  • Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadanya suami.
  • Sentiasa menghormati keluarga suami .
  • Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.
  • Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.
  • Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.
»»  READMORE...

Pesanan Buat Suami

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.


5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

 

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”
»»  READMORE...

November 30, 2010

Memelihara kerukunan rumah tangga. Tips buat wanita bekerjaya..

BANYAK persoalan yang dialami oleh para wanita yang bekerja di luar rumah, seperti bagaimana mengatur waktu untuk suami dan anak-anak hingga mengurus tugas-tugas rumah tangga dengan baik. 

Ada yang boleh menikmati ‘peranan berganda’ itu, namun ada juga yang merasa sukar hingga akhirnya persoalan-persoalan rumit semakin berkembang dalam kehidupan sehari-hari. Jadi, jika bekerja – mendatangkan masalah yang cukup meresahkan, maka persoalannya, apakah manfaatnya jika seorang ibu pergi bekerja mencari nafkah di luar rumah? 

Tulisan ini akan mengupas selintas tips-tips yang harus diambil oleh para wanita yang bekerja agar dapat menjamin keharmonian dan kerukunan rumah tangga yang dibina. Semoga dengan artikel ini dapat menyumbang sedikit sebanyak ilmu pengetahuan buat para wanita yang berkerjaya... InsyaAllah..




1. Pengurusan Waktu

Pengurusan waktu adalah strategi penting yang perlu diterapkan oleh para ibu bekerja agar dapat mengoptimumkan peranannya sebagai suri rumah, isteri dan sekali gus pekerja. Untuk itu, terdapat beberapa tips yang boleh diamalkan:

a. Tentukan dan tetapkan tujuan anda dalam bekerja

Apakah yang menjadi motivasi dan tujuan anda dalam bekerja? Apakah untuk mendapatkan ‘income’ atau lebih berorientasi pada kerjaya. Lanjutkan dengan hal-hal yang menjadi keutamaan daripada tujuan anda bekerja, misalnya: berapa jauhkah anda ingin melibatkan diri dalam pekerjaan dan berapa lama waktunya? Apakah anda tetap menginginkan waktu hujung minggu bersama keluarga? Pekerjaan yang bagaimanakah yang anda inginkan, ‘full-time’ atau ‘part-time’? Sesuaikan dengan keadaan dan keperluan anda bersama keluarga.

b. Tetapkan keutamaan

Dengan menetapkan keutamaan anda, anda boleh mula menentukan jenis aktiviti untuk memainkan beberapa peranan sekali gus (sebagai isteri, ibu, dan pekerja). Misalnya, anda boleh menetapkan jadual kegiatan anda bermula dari pagi hingga malam di samping memberi fokus pada hal-hal tertentu yang menjadi matlamat anda dalam hidup.

Misalnya, meskipun anda bekerja, namun sebaik sahaja pulang kerja anda harus memperuntukkan waktu yang berkualiti sama ada untuk anak mahupun suami. Atur atau susun agenda agar anda dapat mengatur kegiatan secara lebih sistematik dan berkesan.

c. Agihkan beberapa tugas (baik tugas pejabat mahupun tugas rumah) kepada orang lain.

Agihkan beberapa tugasn kepada orang lain untuk dapat melicinkan pekerjaan anda dan membuatkan anda berupaya meluangkan lebih banyak waktu untuk keluarga. Pengagihan yugas, membuatkan anda akan merasa lebih rileks dan dapat memfokuskan diri pada pekerjaan yang betul-betul perlu anda sendiri yang melaksanakannya.

Jika tugas terlalu berat, pastikan anda mengaihkan tugas rumah tangga secara terperinci kepada pembantu rumah. Pastikan juga bahawa anak anda berada dalam pengasuhan orang yang boleh dipercayai.

Pengagihan beberapa tugas rumah tangga juga bermanfaat bagi anda agar anda tidak terlalu letih dibebani pekerjaan sehari-hari sehingga kurang dapat memperuntukkan waktu yang berkualiti untuk anak dan suami (terlalu sibuk meyelesaikan kerja-kerja rumah).

2. Pengurusan Keluarga

Peranan ‘berganda’ ini memerlukan komitmen yang tinggi, baik sebagai pekerja/profesional mahupun sebagai ibu. Jika di rumah, seseorang ibu akan dituntut komitmennya untuk memberikan perhatian pada anggota keluarga yang lain, seperti suami dan anak.

Oleh hal demikian itu, mengambil pembantu rumah akan dapat membantu meringankan tugas-tugas rutin anda. Dengan demikian, sebaik pulang kerja ataupun pada waktu cuti, anda dapat lebih rileks, mempunyai waktu untuk bersantai bersama keluarga bahkan berkomunikasi secara intensif dengan suami dan anak-anak.

Bagi pasangan yang mempunyai anak yang besar (remaja), mereka boleh meminta bantuan daripada anak-anak untuk turut membantu mengurus tugas-tugas rumah tangga sehari-hari. Ajarkan prinsip kerjasama dan tanggungjawab sejak awal pada anak agar mereka terbiasa untuk bersikap berdikari, mempunyai inisiatif dan boleh diharapkan.

Jika anak masih kecil, usahakan untuk mendapatkan pengasuh yang baik, bertanggungjawab dan boleh dipercayai ketika anda pergi bekerja.

Mekanisme tersebut tidak ada salahnya digunakan terutama kerana anda sendiri pada waktu-waktu tertentu memerlukan ‘quality time’ bersama suami, sama ada sekadar makan malam berdua atau pergi berjalan-jalan atau bersiar-siar – agar antara anda dengan suami, meskipun sama-sama sibuk, tetap dapat mendekatkan hati demi memelihara dan mempertahankan keharmonian perkahwinan.

3. Pengurusan Pekerjaan

Untuk memperoleh ‘quality time’ bersama keluarga, anda perlu bersikap lebih efisien dan produktif dalam pekerjaan. Semakin anda tidak efisien dan produktif, semakin banyak pekerjaan yang tertunda dan semakin anda berasa malas untuk menyelesaikannya, hingga memberi kesan negatif hubungan anda dengan keluarga.

Meskipun sudah berada di rumah, fikiran anda melayang ke pejabat/tempat kerja, apatah lagi apabila mengingatkan tugas-tugas anda di tempat kerja yang belum selesai Akibatnya, anda stress dan sensitif terhadap anak-anak dan suami. Jadi, pengurusan keluarga yang baik, dipengaruhi juga oleh pengurusan waktu dan produktiviti yang baik di tempat kerja.

Seperti yang telah diungkap sebelumnya, jika mungkin, agihkan beberapa bebarapa yang boleh anda berikan kepada orang lain agar waktu kerja anda lebih efisien dan produktiviti anda pun dapat mencapai tahap maksmimum.

4. Pengurusan Diri

Untuk mengatur diri sendiri, anda perlu mengenali diri anda sendiri. Kenalilah, seberapa tinggi tingkat toleransi anda terhadap stress dan hal-hal yang dapat membuatkan anda berasa stress. Hindarkan tindakan-tindakan atau kegiatan yang hanya akan menambah permasalahan, dan ubahlah cara berfikir irrasional yang mengganggu ketenangan hidup anda.

Daripada memikirkan hal-hal yang negatif, merisaukan hal-hal yang belum pasti, lebih baik jika anda sudah mulai stress kerana ‘overload’ atau keletihan, berehatlah sejenak! Ambillah waktu bersantai untuk melakukan aktiviti yang anda suka, misalnya berenang, membaca buku, bersantai di rumah, mengunjungi teman lama, pergi ke tempat reakrasi - maknanya, ‘menimba’ tenaga baru.

Dengan tersedianya tenaga baru, maka anda akan lebih mempunyai daya tahan yang kuat menghadapi tekanan yang muncul daripada masalah-masalah di tempat kerja mahupun di rumah.

Ciptakan suasana rileks di dalam hati anda dan berfikirlah secara positif agar anda tidak terlalu tegang dan mudah memberi reaksi yang mesra terhadap orang lain. Seringlah bergurau senda, berjenaka dengan anggota keluarga dan teman-teman, untuk melepaskan ketegangan dan kebosanan.

5. Memelihara Sokongan Sosial

Memelihara atau memupuk hubungan baik dengan rakan-rakan di sekeliling anda serta pihak atasan amat penting untuk mencegah timbulnya masalah yang tidak perlu. Bahkan, sokongan moral dan emosi daripada rakan-rakan dan pihak atasan berupaya membuatkan anda lebih bersemangat untuk bekerja.

Kewujudan atau kehadiran mereka juga dapat berperanan secara positif dalam membantu anda sewaktu menghadapi masalah keluarga. Pengertian dan perhatian mereka membuatkan anda merasa lebih tenang ketika anda meninggalkan pejabat atau menangguhkan tugas kerana masalah-masalah penting dalam keluarga.

Tegasnya, anda sahaja yang lebih kenal siapa diri anda yang sebenarnya. Selagi anda bersikap dan berfikiran positif, anda akan berupaya menghadapi apa sahaja dugaan sama ada di tempat kerja mahuoun di rumah.
»»  READMORE...

November 27, 2010

tanda-tanda kebahagian dan kesengsaraan

"Bahagia dan sengsara ada petandanya. Berikut ini adalah tanda bahagia dan sengsara dalam kehidupan kita

Tanda-tanda Bahagia

1. Menjauhkan diri dari urusan dunia dan senang kepada urusan akhirat
2. Kemahuan kuat terhadap ibadah dan membaca al-Quran
3. Sedikit bicara terhadap apa yang tidak diperlukan
4. Sangat memelihara sholat lima waktu
5. Menjaga diri dari yang haram dan syubhat, sedikit atau banyak
6. Bersahabat dengan orang-orang soleh dan baik
7. Rendah diri
8. Bersifat dermawan yang ikhlas
9. Belas kasihan terhadap makhluk-makhluk Allah yang lain
10. Bermanfaat kepada orang lain
11. Selalu ingat mati dan bersiap sedia menghadapinya


Tanda-tanda Sengsara

 
1. Rakus terhadap harta dunia
2. Kemauan nafsu yang kuat dan cenderung pada kelezatan dunia
3. Perkataan yang kotor dan banyak ghibah (menceritakan cela orang lain)
4. Menganggap enteng sholat 5 waktu.
5. Bersahabat dengan orang-orang fasik
6. Buruk prilakunya
7. Sombong dan tinggi hati
8. Enggan memberi kebaikan kepada orang lain
9. Sedikit kasih sayang terhadap orang yang beriman
10. Pengecut
11. Lupa terhadap mati

(Dipetik dari kitab Tanhibul Ghafilin)


»»  READMORE...

November 24, 2010

tips ke kearah kebahagiaan

Semua manusia yang normal menginginkan rumahtangga yang bahagia dan harmoni. Kebahagiaan dan keharmonian itu bukan suatu yang boleh disamakan antara seorang manusia dengan manusia yang lain. Ia suatu yang subjektif. Mungkin ada yang menyatakan ketenangan dalam rumahtangga itu diukur sebagai kebahagiaan. Adapula yang mengukur kebahagiaan itu sebagai persefahaman dan anak-anak yang soleh. Justeru artikel ini tidak akan mengupas erti kebahagiaan itu, akan tetapi ianya sebagai satu garis panduan bagi membina kebahagiaan agar segala nilai yang hendak dicapai dalam memberi makna kepada 'kebahagiaan' itu tercapai mengikut pentafsiran masing-masing.

Sebuah rumahtangga yang bahagia tidak akan dapat dibina tanpa kefahaman, penghayatan dan pengamalan terhadap segala tanggungjawab yang diamanahkan. Ini kerana sebuah perkahwinan itu adalah satu ikatan di atas nama Allah dengan satu amanah sebagai seorang suami dan isteri. Dalam sepotong hadis Nabi S.A.W ada bersabda yang bermaksud :

" Bertaqwalah kepada Allah mengenai perempuan! Sesungguhnya kamu telah menerima mereka atas jaminan Allah dan perhubungan kamu dengan mereka telah dihalalkan denga perkataan-perkataan Allah".

Oleh kerana itu Islam telah menetapkan tanggungjawab keatas setiap suami dan isteri. Diantara tanggungjawab seorang suami ialah :

1) Berusaha dan menyediakan nafkah zahir dan batin kepada isteri dan keluarga. Nafkah ini hendaklah bersesuaian dengan kemampuan suami dan keperluan isteri dan anak-anak secara ghalib(kebiasaan). Ia juga hendaklah pada tahap yang tidak memudharatkan mana-mana pihak. Firman Allah dalam Surah at-Talaq ayat 7 yang bermaksud :

" Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan oarang yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah daripada apa yang diberikan Allah kepadanya( sekadar yang mampu). Allah tidak memberatkan seseorang malainkan sekadar kemampuan yang diberikan Alllah kepadanya. Orang-orang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa Allah akan memberi kesenangan sesudah berlakunya kesusahan"


2) Membenarkan isteri menguruskan harta dan kewangannya sendiri. Terutama bagi isteri yang berkerja atau mempunyai harta bawaan sebelum sesuatu perkahwinan. Harta itu adalah hak isteri. Namun jika isteri bersedia berkongsi atau memberikannya kepada suami ia merupakan satu amal jariah isteri yang dikira sebagai sedekah.

3) Menghormati isteri. Seorang suami yang tahu menghormati isteri akan dihormati oleh isteri dan anak-anaknya. Menghormati isteri disini bermaksud tidak meletakkan isteri sebagai hamba yang disekat kebebasan, diherdik, dihina dan sebagainya. Sikap hormat menghormati akan membina kerukunan dan kebahagiaan rumahtangga.

4) Melayani isteri dengan baik secara zahir dan batin. Tidak terlalu berkasar atau bertindak zalim kepada  seorang isteri. Juga tidak bersifat kebinatangan kepada isteri.
Semoga sebahagiaan tips yang dipaparkan ini dapat membantu kita dalama membina sebuah rumah tangga yang bahagia dan berkekalan..


»»  READMORE...

November 23, 2010

63 Petua Keluarga Bahagia

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.
Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera. Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.
Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.
Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding motivasi dan keluarga, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

keluarga bahagia 


1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
  • Mental, pendidikan dan ilmu
  • Emosi
  • Fizikal dan ekonomi
  • Sosial
  • Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
  • Pendapat atau pandangan
  • Hobi
  • Kegemaran
  • Makanan
  • Cita rasa
  • Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

»»  READMORE...

Salam ukhwah fillah.. harap sudilah follow