November 11, 2010

7 Tip elak leteran isteri

Ramai para suami yang tidak suka mendengar isteri mereka berleter. Apatah lagi dalam saat keletihan pulang dari kerja. Bagaimana mengelak dileteri isteri. Ada caranya:

wife husband fight


1. Pendekatan diplomatik
Andai isteri sedang berleter, anda guna pendekatan diplomatik untuk tidak menghangatkan lagi emosi si dia.


2. Beri penjelasan
Berdiam diri bukanlah penyelesaian terbaik bagi mengurangkan leteran isteri. Sebaliknya adalah lebih baik anda berterus terang dan memberikan penjelasan yang boleh menyenangkan hati isteri.


3. Jangan main api
Apabila isteri sudah berleter, anda pula janganlah membakar perasaannya untuk berkeras dan bergaduh. Gunakan pendekatan terbaik memperbaiki komunikasi dan menjaga hatinya.


4. Renung diri
Memang lelaki kuat egonya. Namun, tidak salah mengurangkan rasa ego dengan menilai kembali sikap diri sendiri. Anda mungkin bersikap pemalas dan tidak mengambil berat hingga menjadi punca isteri berleter.

5. Bantu isteri

Tidak jatuh standard dan maruah anda sebagai lelaki jika saling membantu isteri menguruskan rumah tangga. Jika Isnin hingga Jumaat isteri yang memasak, apa kata hujung minggu anda pula ke dapur?


6. Duduk berbincang

Kurang komunikasi antara sebab mengapa masalah berleter menjadi semakin genting. Rasanya, mungkin ada baiknya jika suami isteri duduk berbincang antara empat mata bagi menyelidik masalah sebenar yang dihadapi.


7. Hangatkan kembali hubungan

Suami menyedari ‘sindrom’ berleter hampir tidak berlaku ketika awal percintaan, namun tahukah lelaki mengapa wanita membebel? Jawapannya ialah suami sudah kurang memberi perhatian dan terhakis sifat gentlemen.

Jadi kesimpulannya.. kepada para suami.. hargailah isteria anda dan terima lah kekuranagan mereka seperti menerima kelebihan mereka. Dan para isteri pula. Jangan lah asyik meleter mengikut hati. lembutkan hati tu supaya menerima pujukan dari suami tercinta.. Selamat mencuba dan menuju ke puncak bahagia...

0 Ulasan:

Post a Comment

Salam ukhwah fillah.. harap sudilah follow