December 25, 2010

15 Kesilapan Ibu Bapa Mendidik Anak

1. Kurang berdoa

1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) ,Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) dan Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128), Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)  dan Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti : menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Menegur anak secara negatif, mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah), membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
 

5. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (fizikal), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

 
7. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas, ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
»»  READMORE...

December 24, 2010

Tips Mengesan Kecurangan Pasangan

Kita selalunya mengandaikan kekasih yang kita cintai tidak akan berlaku curang. Namun, tahukah anda sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik dari yang sedia ada?Orang yang paling rapat dengan diri kita pun tidak boleh dipercayai kesetiaannya 100%. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati, tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura? Oleh itu, adalah disyorkan untuk mengetahui petanda awal mengesan kecurangan pasangan.



Pasangan anda berkemungkinan curang apabila situasi ini pernah atau sering berlaku: 

Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda. 
Selalunya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya 'ada masalah sikit'. Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kemungkinan si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan spare part! 

Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika berdating dengan anda. 
Sedang asyik berdating dan anda sedang berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah.Ada-ada saja sakitnya..sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa nak demam! Sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan tanda-tanda langsung untuk jatuh sakit! Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian. Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri dari anda dan bersama kekasih lain. 

Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama. 
Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar sama ada menonton wayang , makan-makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan seribu alasan.Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu oleh anda dalam keadaan terpaksa. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda. 

Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda 
Si dia berubah sikap dari seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai. Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda.Paling teruk sekali, jika si dia sudah tidak segan-silu menengking anda atau memaki hamun anda disebabkan perkara2 yang kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan. Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita. 

Tidak membenarkan anda memegang atau membelek telefon bimbitnya 
Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya. Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya sama ada SMS, nama pemanggil, simpanan nombor telefon dan sebagainya. Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda.Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut mencurigainya kerana kemungkinan dia menyimpan nombor telefon atau SMS teman wanita lain. Dia tidak mahu anda melihat kandungan telefon bimbitnya kerana takut rahsia kecurangannya terbongkar. 

Tidak lagi rajin menelefon anda 
Di awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Si dia sentiasa mengambil berat dan menelefon anda walau untuk bertanya sudah makan atau belum. Jika satu hari tidak mendengar suara anda,pasti si dia resah.Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon anda dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk. Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain. 


Berubah sikap dengan ketara 
Jika dulu dia romantik bersama anda, sekarang dia hambar. Jika dulu dia ceria, sekarang dia membosankan.Jika dulu dia sering menghantar kad dan bunga, sekarang dia tidak lagi berbuat begitu. Jika dulu sering berkongsi cerita dan masalah serta bergurau senda, sekarang dia lebih banyak membisu.Malah dia tidak lagi mempamerkan kasih sayangnya pada anda dan hanya melayan anda seolah-olah teman biasa.Dia tidak lagi mengambil berat mengenai anda dan sering termenung jauh. Perubahan sikapnya yang ketara adalah petanda kemungkinan dia sudah ada teman baru dan tidak lagi berminat dengan anda. Anda patut menyuruhnya berterus-terang supaya diri anda tidak akan dipermain-mainkan! 

Asyik lewat ketika temujanji 
Anda sudah berjanji untuk berjumpanya di suatu tempat tetapi setelah berjam-jam menunggu, barulah nampak bayangannya. Anda merajuk tetapi si dia sudah bersiap sedia dengan pelbagai alasan seperti traffic jam, masalah di tempat kerja atau paling mudah terlupa!Jika sekali dua terlewat mungkin boleh dimaafkan tetapi jika dah selalu terlewat, pasti anda meradang! Anda juga mungkin boleh bertoleransi jika si dia terlewat seminit dua atau setengah jam, tapi jika asyik berjam-jam menunggu atau tak muncul langsung, pasti ada sebab yang lebih logik dari traffic jam! Anda perlu menyiasat kerana kemungkinan si dia telah membuat lebih dari satu temujanji dalam satu hari. Dan temujanji itu tak mustahil dengan wanita lain! 

Menerima panggilan telefon secara rahsia 
Sedang makan-makan bersama kekasih anda, dia menerima panggilan telefon atau SMS. Jika biasanya dia tidak kisah berbual di telefon atau membuka SMS di hadapan anda, kini dia menyorok-nyorok ketika menjawab panggilan.Jika sedang duduk, dia akan bangun dan melarikan diri ke tandas atau ke tempat tersorok dan berbual-bual di telefon dengan nada perlahan atau berbisik. Jika menerima SMS, dia akan membacanya dan memadamkan secepat yang mungkin kerana bimbang dibaca oleh anda. Bunyi telefon membuatnya gelisah ketika bersama anda. Kelakuan sebegini menunjukkan dia sedang menyembunyikan sesuatu dari anda dan tidak hairan jika dia berlaku curang terhadap anda! 

Mematikan telefon bimbit ketika bersama anda 
Anda pasti hairan sekiranya si dia asyik mematikan telefon bimbitnya ketika bersama anda sedangkan dahulu dia tidak begitu. Apabila anda bertanya, dia akan menjawab kononnya tidak mahu mengganggu masanya bersama anda. Alasan sebegini mungkin diterima sekiranya anda bersamanya ketika di panggung wayang atau menikmati hari istimewa seperti Valentine, tetapi jika setiap kali keluar dia mematikan telefon bimbit, sudah tentu dia takut ada orang tertentu membuat panggilan ketika bersama anda!Ini mungkin salah satu petanda si dia berlaku curang atau menyimpan banyak pasangan! 

Telefon bimbitnya asyik engaged,tidak berjawab atau terus mati 
Ketika anda cuba menghubunginya, handsetnya sering mati..Jika tidak mati,taliannya asyik busy,tidak berjawab atau engaged hingga kadangkala berjam-jam. Anda pasti jemu jika setiap kali cuba menelefonnya, telefon bimbitnya seolah tidak berfungsi. Jika anda dail telefon rumahnya, pasti jawapannya dia sudah keluar atau tidak diangkat langsung.Tak guna ada telefon bimbit jika tidak boleh dihubungi. Oleh itu, anda perlu melakukan sesuatu supaya situasi sebegini tidak berlaku kerana ia adalah salah satu petanda si dia berkelakuan curang.Si dia mungkin sengaja mematikan telefon bimbitnya ketika bersama kekasih lain! 

Kerap memberi alasan sibuk dan penat 
Anda mungkin sudah merancang sesuatu bersamanya di hujung minggu tetapi si dia memberikan alasan sibuk dan tidak dapat bersama anda.Si dia juga sanggup membatalkan temujanji atas alasan terlalu penat.Anda sering dibiarkan terkial-kial tanpa aktiviti menarik di hujung minggu.Anda cuba memahami tetapi jika si dia asyik sibuk dan penat, tentu hilang kesabarannya.Sekiranya kerjaya si dia sememangnya menuntut pengorbanan waktu,mungkin anda dapat memahami.Tetapi jika anda tahu bahawa si dia sebenarnya mempunyai banyak waktu sudah pasti anda berhak berasa curiga.Anda perlu menyiasat sama ada si dia benar-benar sibuk. Mungkin si dia hanya berpura-pura sibuk kerana ada urusan lain yang penting dari anda! Lebih baik anda mengangkat kaki daripada terus dibohongi kerana kecurangannya! 

Sering tersasul menyebut nama wanita lain 
Pelik apabila sedang anda berbual-bual dengannya di telefon, dia memanggil anda dengan nama wanita lain. Apabila tersedar, dia cepat-cepat mengubah topik perbualan. Jika sedang berdating, dia tersasul memanggil anda dengan nama yang lain.Jika anda bertanya, dia akan mendakwa tersilap sebut kerana nama itu adalah nama adiknya, emak saudaranya, pembantunya dan apa saja yang dapat menyelamatkan keadaannya. Apabila anda mendail telefon bimbitnya dari telefon awam, dia teragak-agak seolah-olah tidak pasti siapa yang memanggilnya. Begitu juga sekiranya anda menelefon rumahnya (nombor telefon anda tidak tertera), dia seboleh-bolehnya cuba bertanya anda di mana, buat apa dan apa saja kalau seperti cuba memastikan siapa pemanggil kerana takut tersilap sebut.Sekiranya anda berhadapan dengan situasi ini, berhati-hatilah kerana kemungkinan besar si dia mempunyai banyak teman wanita dan seorang playboy! Ini adalah kerana dia sering terkeliru sehingga tidak dapat membezakan suara anda dengan suara teman-teman wanitanya yang lain. 

Sepi tanpa berita bila berjauhan 
Si dia mungkin terpaksa berjauhan dengan anda kerana sambung belajar, berkursus, menghadiri seminar atau outstation yang lama di tempat yang lain.Anda mempercayai kesetiaannya tetapi adakalanya berjauhan menyebabkan kekasih berlaku curang. Ini adalah kerana anda tidak dapat melihat gerak-gerinya atau juga si dia bosan tidak berteman. Jika pada awalnya si dia rajin menulis surat, menghantar email atau SMS dan sekurang-kurangnya menelefon anda sekali sehari, kini dia lebih banyak sepi tanpa berita.Si dia menyepikan diri dari anda dan tidak lagi menghubungi anda. Jika anda berjaya menghubunginya,sikapnya hambar dan tidak lagi seperti dahulu.Petanda ini jelas menunjukkan ada sesuatu berlaku ketika anda berjauhan dengannya.Kemungkinan si dia sudah mendapat pengganti anda ketika berada di tempat baru. 

Ada kesan gincu atau bau minyak wangi pada pakaiannya 
Anda tentu bengang apabila mendapati ada kesan gincu pada bajunya atau bau pewangi wanita lain pada tubuhnya.Mungkin si dia tidak sedar kesan-kesan ini tetapi relakah anda hanya berdiam diri apabila berhadapan dnegan situasi ini? Si dia mungkin berbohong dengan pelbagai alasan untuk menyelamatkan diri tetapi anda disyorkan supaya menyiasat tingkahlakunya agar tidak diperdayakan. 

Marah apabila anda bertanya aktivitinya 
Sebagai seorang kekasih, sudah pasti anda ingin mengetahui aktiviti teman anda sedikit sebanyak. Contohnya sekiranya dia ada mesyuarat, kerja lebih masa atau ingin bermain tenis dengan rakan-rakannya di sebelah petang. Pertanyaan ini bukanlah bererti anda seorang penyibuk dan ingin tahu segala urusannya atau mahu mengongkong pergerakan pasangan,tetapi sekadar mengambil tahu dan mengambil berat.Jika kekasih anda seorang jujur, pertanyaan mudah ini akan dijawab tanpa rahsia.Tetapi sekiranya pertanyaan ini menimbulkan kemarahannya tanpa sebab, anda pula mempunyai sebab untuk meragui keikhlasannya terhadap anda. Mungkin dia membenci soalan ini kerana tidak mahu anda mengetahui aktivitinya bersama kekasih lain!
»»  READMORE...

Tips Kesihatan Dan Kecantikkan Untuk Wanita 30-an

Dalam kesibukkan menyeimbangkan antara tugas pejabat dan tugasan tetap dirumah, wanita selalunya kesuntukkan masa untuk diri sendiri. Penjagaan diri yang ala kadar ataupun ikut sempat je… seringkali menjadi amalan harian. Dalam kesibukkan kita seharian, perlulah kita mencuri sedikit masa untuk “merawat, menjaga dan memanjakan” diri sendiri.


Semoga sedikit tips dibawah dapat membantu kita wanita terutamanya yang berusia 30-an “memaintainkan” kesihatan dan keterampilan diri.
a) Kawal pemakanan Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan.
b) Guna Pelembap yang sesuai Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.
c) Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelempapan kulit yang membawa kepada kekeringan.


d) Sentiasa bersenam Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
e) Minum banyak air Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dgn. meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.
f) Makanan tambahan Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukkan dengan tugasan dipejabat dan dirumah menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.
g) Elakkan bermekap tebal Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.
h) Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress.
“Wanita… sumber ilham selalu..”
»»  READMORE...

Tips Kesihatan

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan mahu pun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah seperti :-
1. Bersenam @ beriadah.
2. Mengawal makanan.
Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-
1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.

 
4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala
Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
»»  READMORE...

3 Mitos Cara Untuk Hamil Cepat

Di bawah adalah 3 mitos cara untuk hamil cepat . Sebenarnya mitos-mitos cara untuk hamilcepat ada yang betul dan ada juga yang tak betul. Oleh itu, berhati-hati bila menuruti apa-apatips cepat mengandung dengan memastikan mitos-mitos tersebut disokong oleh kajian sains sebelum menurutinya.



1. Olahraga cara untuk hamil cepat
Mitos ini adalah benar di mana olahraga ringan seperti berenang atau berjalan cepat akan menjadikan tubuh lebih sihat dan cergas. Di samping itu juga ia dapat membantu untuk mencapai berat badan yang ideal kerana berat badan ideal juga menjadi salah satu faktor untuk mudah hamil. Wanita dengan berat badan deal biasanya akan lebih mudah hamil berbanding wanita yang mengalami masalah berat badan. Terlalu gemuk atau terlalu kurus menyebabkan wanita mendapat masalah untuk hamil .
2. Bila Inginkan anak kembar, berhubungan intim 2 x dalam Jarak Waktu yang Singkat
Ini merupakan satu mitos yang salah kerana kemungkinan untuk kelahiran bayi kembar adalah lebih disebabkan oleh pengaruh sperma dan sel telur saat persenyawaan. Boleh jadi samada kembar satu sel telur atau dua sel telur. Salah satu alasan ilmiah yang masih boleh diterima adalah terdapat kemungkinan terdapat penurunan gen kembar.
3. Ambil anak angkat sebagai cara untuk cepat  hamil
Mitos ini masih belum dibuktikan oleh sains. Walaupun begitu terdapat beberapa pasangan yang telah membuktikan tips cepat hamil ini. Dari segi pandangan pakar, kehadiran anak angkat sebenarnya  mempengaruhi psikologi pasangan terutama si ibu. Ketegangan emosi dan depresi si ibu berkurang hingga memberi pengaruh positif pada keadaan  psikologinya. Tekanan juga merupakan salah satu penyebab masalah untuk hamil, maka berkurangnya stress dapat membantu meningkatkan produksi hormon yang akan mengoptimakan fungsi sistem reproduksi sehingga pada akhirnya dapat mempercepatkan berlakunya kehamilan.
»»  READMORE...

December 23, 2010

Tips mengeratkan ikatan kekeluargaan

Sering terjadi keluarga yang porak peranda. Anak-anak menjadi mangsa lalu terbiar tanpa sebarang perhatian.. Ibu bapa tidak pernah ambik peduli dengan apa yang terjadi. Akhirnya anak-anak terjebak dalam kancah kehidupan yang tidak sihat seperti dadah, arak, zina, dan pelbagai lagi masalah sosial masa kini.

Sehubungan dari itu, peranan ibu bapa amat penting dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dengan hubungan kekeluargaan yang utuh dan kuat inilah, kita dapat mengatasi perpecahan didalam keluarga. Dan apabila percahan ini tidak diatasi segera. Berlakulah porak peranda yang menyebabkan keruntuhan intitusi kekeluargaan.


Di antara pekara yang ibubapa boleh lakukan ialah;
  1. Makan bersama-sama terutama makan malam. Ketika ini cuba mulakan sebarang perbualan berkenaan perkara yang digemari oleh anak-anak. Boleh juga cuba menyuruh mereka bercerita apa yang berlaku pada hari itu. Sebaik-baiknya tv hendaklah ditutup.
  2. Bantu membuat kerja sekolah atau melihat buku kerja dan latihan mereka. Jika tidak dapat menolong cukup sekadar menunjuk minat pada apa yang mereka belajar.
  3. Menghadiri semua acara sukan dan aktiviti mereka. Kalah atau menang berikan sokongan yang menggalakkan.
  4. Bermain bersama-sama permainan kegemaran mereka seperti catur, dam, scrabble atau uno.
  5. Menonton bersama rancangan tv kegemaran mereka.
  6. Keluar bersama sekeluarga melawat saudara mara, berkelah atau menonton wayang.
  7. Bersenam bersama-sama.
  8. Beribadat bersama-sama seperti sembahyang berjemaah, pergi ke masjid atau menghadiri majlis ilmu.
  9. Melakukan kerja-kerja rumah bersama seperti mengecat, memasak, membasuh, berkebun atau membeli barang dapur.
  10. Hantar dan jemput ke tempat mereka hendak pergi. Semasa dalam kereta izinkan mereka memilih saluran radio.
  11. Berbual-bual pendek sebelum mereka tidur sebaiknya ketika ini kita lebih banyak mendengar sahaja. Suruh mereka bercakap tentang pengalaman yang mereka lalui hari itu atau apa saja yang mereka ingin cerita.
  12. Membaca bersama. Berkumpul sekeluarga dan setiap seorang mengambil giliran membaca secara kuat.
  13. Berkongsi hobi atau menunjukkan minat kepada hobi anak-anak.
  14. Bercuti bersama dan libatkan anak-anak dalam proses merancang percutian tersebut.
  15. Pelawa kawan-kawan rapat mereka datang ke rumah untuk bermain atau berkumpul di rumah. Jika boleh sediakan makanan dan jangan ganggu mereka cuma perhatikan tingkah laku mereka.
  16. Setiap hari katakan mereka disayangi. Berikan penghargaan atau kata-kata perangsang untuk apa yang mereka telah lakukan.
»»  READMORE...

December 21, 2010

Tips Pasangan Bahagia

Assalamualaikum,
Buah Pisang bawa belayar,
Masak sebijik di atas peti,
Mari sama-sama kita belajar,
Supaya tak lupa di kemudian hari.
Sebenarnya, post kali ini tidaklah spesifik sangat. Tapi, saje ingin meluahkan apa yang saya buat. Takde la formal sangat kan. Nama pun blog peribadi. Tetapi, untuk anda, saya tidak akan sia-siakan menghabiskan masa membaca di gedungilmu.

 

Semalam sempat juga saya dapat sedikit tips sesuai untuk sesiapa yang sudah berkeluarga bagi mengeratkan lagi hubungan baik antara suami isteri. Ini saya dapat dari rancangan ‘Semanis Kurma’ di TV9 yang dihoskan oleh pasangan ideal Ustazah Siti Nor Bahiyah dan suaminya. Tajuk ‘Nasi Tangas’ yang sempat saya lihat, tapi dah sampai pada kesimpulan di akhir rancangan. Sedikit tips yang walaupun sedikit saya nak kongsikan juga. Biar sedikit, asal berguna untuk semua.
Sudah tentu anda tahu apa itu ‘Nasi Tangas’ kan? Kalau yang masih tak tahu tu, ‘Nasi Tangas’ ni adalah nasi yang dikangkang oleh Si Isteri untuk dijadikan santapan suami. Ih, saya nak cerita lebih pun tak sanggup. Tetapi perbuatan ini teramatlah dimungkari oleh Allah S.W.T. Janganlah kita lakukan perbuatan yang berdosa besar ini untuk menawan hati suami. Banyak lagi cara yang terbaik yang kita boleh buat.
Saya tidak mahu huraikan terlalu banyak mengenai ‘Nasi Tangas’. Cuma anda tahu maksud dia sedikit sudah memadai dan jangan sesekali dicuba. Amat dilarang di sisi Agama Islam. Tips yang terbaik yang boleh kita amalkan bagi yang tidak tahu untuk manawan hati suami ataupun suami ingin menawan hati isteri yang mana ingin mengeratkan hubungan yang lagi erat dan intim, salah satu caranya ialah:
1.    Amalkan membaca Surah Yusuf; ayat-30 (qodsyarofaha hubba)
2.    Tiupkan pada air
3.    Jika anda tidak tahu ayat-ayat lain, anda boleh gunakan Surah Al-Fatihah sahaja sudah memadai kerana surah tersebut adalah ibu segala surah.
Tips yang saya sendiri gunakan dan amalkan mudah sekali:
1.    Sentiasa mengambil hati suami
2.    Jangan cepat marah dan juga cepat cemburu
3.    Jangan berprasangka buruk dengan suami
4.    Jika rasa ke arah menjadi pertengkaran atau perselisihan faham, cuba elakkan dengan menukar topik lain atau minta maaf jika tersasul kata, tak boleh biar lama tau.
5.    Jangan rasa kita ni perfect sebab selalu nampak buruk suami/isteri sahaja. So, muhasabah diri itu penting sebelum lihat kesalahan orang lain.
Tips di atas amat penting sebagai basic/asas kesejahteraan rumahtangga. Islam adalah agama yang lengkap. Gunakan panduan yang ada di dalamnya sahaja. Tidak ada formula yang lebih baik lagi dari formula dalam agama kita sendiri.
Semoga tips dan ilmu hari ini memberi anda inspirasi.
»»  READMORE...

Mengatasi Pertengkaran

Pertengkaran dalam kehidupan rumah tangga, adalah sesuatu yang mungkin dan wajar terjadi. Bahkan orang sering menyebut bahwa kehidupan rumah tangga tanpa adanya masalah, ibarat sayur tanpa garam. Hambar dan membosankan.


Namun yang jadi masalah adalah, bagaimana pertengkaran itu bisa diselesaikan. Tidak sedikit permasalahan dalam rumah tangga berlanjut terus tanpa unjung. Yang akhirnya pertengkaran itu akan mengancam kehidupan rumah tangga. Berikut adalah tips dalam mengatasi pertengkaran dalam rumah tangga :
Tetap Tenang
Saat pertengkaran terjadi, sebaiknya jangan sampai perasaan marah itu melanda kedua pihak. Salah satu dari pasangan sebaiknya mengalah dan tetap tenang dalam mengahadapi permasalah itu. Hadapi dengan kepala dingin.
Tanyakan Apa yang Dia Inginkan
Persoalan tidak akan selesai kalau semua ingin menang sendiri. Tanyakan apa yang pasangan inginkan. Bersikap terbuka dan menaruh perhatian kepada pasangan akan membuat pasangan bahagia dan merasa diperhatikan.
Minta Maaf
Mengalah bukan berarti kalah. Jika Anda dan pasangan dilingkupi cinta yang dewasa, tentu tidak perlu menunggu siapa yang lebih dulu mengungkapkan maaf.
Sentuhan Lembut
Maaf tidak hanya sebatas di bibir saja, ada baiknya Anda atau pasangan mengiringi permintaan maaf dengan tindakan menyentuh atau membelai lembut pasangan.
Sumber : berbagai sumber.
»»  READMORE...

December 20, 2010

8P Tip kebahagian rumahtangga

1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.


3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
»»  READMORE...

December 19, 2010

Ciri Cinta Palsu Dan Tips Mengatasi Cinta Palsu

Cinta kadang buat kita rasa amat bahagia dan terkadang pula menjadi beban kesedihan hati berkepanjangan. Terlalu cepat jatuh cinta, terkadang sering membuat seseorang melakukan hal-hal yang bodoh. Langsung berkencan dengan orang yang baru dikenal, jadi suka melamun, dan selalu membenarkan keegoisan pikiran di bandingkan kata hati.

Agar anda tidak terjebak di dalam kepalsuan cinta, mulailah untuk melakukan beberapa perubahan yang sederhana dalam kehidupan cinta anda. Bila Anda memiliki tujuan yang positif dan berhenti melakukan hal-hal yang negatif, niscaya kehidupan percintaan Anda akan menguntungkan.

Ciri Ciri Cinta Palsu Dan Tips Mengatasi Masalah Cinta Palsu

Cinta Palsu 1
Mengabaikan bahaya yang sudah jelas-jelas kelihatan. Pernahkan Anda mengatakan “Dia hebat walaupun peminum berat,” atau “Dia sangat menarik, kelihatannya cocok untuk saya, tapi dia playboy.” Bila jatuh cinta memang mudah untuk mengabaikan masalah-masalah dasar yang dapat mengancam hubungan masa depan yang serius.

Tips :
Jika ada hal-hal prinsip yang Anda rasakan, bicarakan dengannya. Ajukan pertanyaan-pertanyaan. Pertimbangkan apakah alasan yang diberikannya dapat Anda terima, masuk akal, dan tidak akan menjadi masalah untuk hubungan jangka panjang yang serius. Tetapi bila dia tidak tertarik untuk terikat dengan suatu hubungan jangka panjang yang serius, tinggalkan dia.
Mungkin Anda tetap bisa bersahabat, tetapi jangan buang waktu untuk seseorang seperti dia. Buka hati untuk orang lain, siapa tahu tanpa Anda sadari, ada teman dari sahabat ataupun teman lama yang ternyata tertarik dan menyukai anda.


Cinta Palsu 2
Percaya pada cinta yang menggebu-gebu pada pandangan pertama. Rasa tertarik yang begitu kuat pada pertemuan pertama memang menyenangkan, tetapi cinta berkembang sesuai dengan berjalannya waktu, dan bukan melalui pandangan sekilas atau satu dua kali makan malam. Bila pada pertemuan pertama anda sudah memiliki sedikit perasaan tertarik, tidak ada salahnya melakukan pertemuan berikutnya.

Tips :
Ingat, Anda tidak dapat menilai seseorang bila baru pertama kali bertemu dan berkenalan karena biasanya seseorang masih canggung pada kencan pertama.
Cinta pada pandangan pertama hanya ada di dalam mitos. Oleh sebab itu, penting untuk mengenal dan memberikan kesempatan kepada beberapa orang. Bersikap terbuka dapat merupakan langkah penting untuk menemukan pasangan yang tepat.


Cinta Palsu 3
Si Dia selalu memaksakan kehendaknya, sehingga diri anda menjadi orang yang tertindas baik secara fizikal ataupun perasaan. Dan anda selalu saja mengalah dan mengalah untuknya hanya sekedar untuk membuktikan padanya bahwa anda benar benar mencintainya.

Tips :
Segera sedarkan diri anda dari kebodohan akan cinta anda. Anda selalu mengalah bukan berarti si dia akan memahami maksud hati anda, yang ada malah anda akan terus menjadi sasaran empuknya untuk menghalalkan semua kehendaknya. Berfikirlah positif…cinta bukan ada padanya saja, masih banyak cinta sejati yang menunggu anda di sana, walaupun membutuhkan waktu untuk mendapatkan cinta sejati tersebut.


Cinta Palsu 4
Selalu bertengkar dengan pasangan anda, namun anda tetap teguh mempertahankan cinta tersebut. Ada masalah kecil saja, langsung ribut. Susah berkomunikasi secara baik-baik. Susah saling memahami dan menghargai perbezaan.

Tips :
Usahakan perbanyak komunikasi, bicarakan hal hal yang menjadi punca pertengkaran anda, dan perlu diingat… pemecahan masalah hendaknya di dasari kesedaran dari ke dua belah pihak bukan dari sikap ingin menang sendiri. Bila tidak ada kesepakatan dalam hal yang di permasalahkan, sebaiknya sudahi saja cinta anda dengannya, kerana cinta perlukan pengertian…. bukan keegoan.


Cinta Palsu 5
Jatuh cinta pada seseorang yang sudah terikat. Tidak dapat disalahkan bila Anda jatuh cinta dengan seseorang yang simpatik, mempunyai daya tarik kuat, pintar berbicara, dan kharismatik. Tapi percayalah. Anda akan menderita bila berkencan dengan seseorang yang tidak seratus persen terikat dengan diri Anda dan tidak pernah ada pada saat Anda membutuhkannya.

Tips :
Tidak peduli bila Anda mengatakan bahwa Anda tidak memerlukan seseorang yang harus seratus persen siap untuk Anda. Karena pada kenyataannya, Anda tetap akan merasa sedih. Sebaiknya perluas pergaulan, ikut kelompok diskusi, atau kursus suatu bidang yang diminati. Buka diri untuk berkenalan dengan orang-orang baru. Anda berhak untuk dicintai, dikasihi, dan dipedulikan.

Bila Anda jatuh cinta, utamakan pendirian Anda dan tetap berpegang pada prinsip yang telah ditentukan agar Anda tidak kecewa. Semoga sedikit tips di atas dapat membantu anda untuk bahagia selalu bersama si Dia.
»»  READMORE...

Salam ukhwah fillah.. harap sudilah follow