December 18, 2010

Tips Berdepan Dengan Suami Sensitif & Pemarah

Ego seorang suami ada kala sering disalahgunakan sehingga menyebabkan keruntuhan rumah tangga. Lebih menyedihkan lagi jika ia hanya berpunca daripada masalah kecil yang tidak sepatutnya menjadi punca perbalahan. Tambah menakutkan jika ada suami yang sanggup memukul isteri apabila berasa egonya tercabar.

Lelaki pemarah biasanya tinggi egonya. Mereka jarang rasa bersalah biarpun tidnakan mereka melukakan hati si isteri. Keadaan seperti ini sudah pasti menyukarkan bagi sesebuah perkahwinan apatah lagi, jika pasangan berdepan dengan masalah seperti kesuburan dan sukar menimang cahaya mata. Sekiranya anda berada dalam situasi sebegini, anda perlu lebih berstrategi untuk berdepan dengan suami yang ego dan lekas marah apabila diajak berbincang.


Perlu diingat, antara topik yang sukar dibincang oleh pihak suami ialah berkenaan seks dengan isteri, kesuburan ataupun masalah kelelakian. Ada sesetengah suami boleh mengugut menceraikan isteri kerana masalah sebegini. Jadi, bagi membantu anda berdepan dengan situasi sebegini, pihak isteri perlu bijak memilih pendekatan bagaimana caranya berdepan dengan mereka.

Tindakan anda mendiamkan diri kerana takut dimarahi suami hanya membebankan lagi masalah tersedia ada. Jika anda ingin berbincang mengenai topik sensitif berkaitan dirinya, pastikan ia dilakukan mengikut masa dan mood yang sesuai.


Terdapat beberapa panduan boleh dipraktiskan:

1. Elak berdebat atau kemukakan pandangan anda di saat suami sedang beremosi. Tindakan anda mungkin sia-sia sahaja malah boleh mengundang padah apabila si suami semakin marah kerana rasa ditentang atau dicabar oleh isteri sendiri. Akibatnya, si isteri boleh terikut-ikut menjadi ‘panas’ sehingga berlakunya pertelingkahan. Jika berlarutan, psikologi si isteri boleh terganggu dan pernikahan juga akan terancam. Sebaiknya dalam situasi ini, anda perlu sedikit mengalah atau mengambil sikap tidak mempedulikannya dulu.

2. Langkah yang baik adalah mengajaknya berbicara untuk menyelesaikan masalah yang menjadi punca kemarahannya. Lakukan saat kemarahannya sudah reda. Gunakan gaya bicara yang halus agar emosinya tidak ‘naik’ lagi. Mungkin anda boleh berbincang sambil mengurut-urut badan suami selepas pulang kerja ataupun ketika menonton bersama. Yang pasti pilih masa dan mood yang baik!

3. Suami pemarah lebih suka berterus-terang. Salah satu aspek positif yang terdapat pada suami panas baran ataupun pemarah ialah sikap suka berterus-terang dan jujur mengenai apa yang mereka suka ataupun tidak. Hanya sayangnya, cara mereka mengungkapkan lebih cenderung kasar dan bernada marah. Jadi elakkan diri daripada menyindir, berkias-kias ataupun menunjukkan muka seperti berahsia sesuatu daripadanya.

4. Apabila suami memberi pandangan yang agak keras, anda perlu menganggapnya sebagai satu kritikan untuk anda. Dan ambil sebagai satu cabaran untuk memperbaiki kelemah diri anda. Tidak guna terlalu emosi dengan kata-kata suami terhadap anda. Walau mengalir air mata sekalipun si suami pemarah biasanya sukar mengubah pendapatnya dan lebih buruk lagi, mereka tidak akan berasa bersalah sedikitpun!


5. Cuba fahami latar belakang suami anda. Individu yang memiliki sifat ‘temperamental’ biasanya mudah terpancing kemarahannya oleh situasi atau keadaan di luar keinginananya. Hanya kerana tersilap kata ataupun nada suara yang salah sahaja sudah boleh mengundang pertengkaran. Menurut penulis buku ‘The Complete Idiot’s Guide to Body Language’, Dr Peter Andersen, sifat pemarah ataupun panas baran juga sebenarnya boleh disebabkan oleh pola asuhan dalam keluarga juga mempunyai kaitan kepada sifat pemarah individu berkenaan.

6. Justeru itu, pastikan keadaan rumah tangga anda berdua berada dalam keadaan menyenangkan agar suami anda berasa nyaman dan tidak mudah marah-marah seperti berada dalam keluarganya dulu. Cuba dapatkan lebih banyak maklumat mengenai apa yang menyebabkannya gembira dan sebaliknya yang membuatnya kesal dan marah.Ego seorang suami ada kala sering disalahgunakan sehingga menyebabkan keruntuhan rumah tangga. Lebih menyedihkan lagi jika ia hanya berpunca daripada masalah kecil yang tidak sepatutnya menjadi punca perbalahan. Tambah menakutkan jika ada suami yang sanggup memukul isteri apabila berasa egonya tercabar.
»»  READMORE...

December 16, 2010

Tips mencari jodoh

Jodoh pertemuan ditangan Tuhan tetapi kita sebagai manusia perlulah berusaha mencari jodoh yang sesuai dengan citarasa kita dan kehendak agama.
Berikut adalah beberapa tips untuk anda mendapat jodoh.
  1. Minta bantuan dari ibu bapa - teknik ini sangat popular ketika dahulu dimana ibubapa mencari jodoh untuk anak mereka tetapi ia masih lagi boleh digunapakai untuk zaman ini kerana ibubapa mempunyai kenalan dan mungkin mereka tahu bagaimana akhlak anak rakan mereka tersebut untuk dijadikan calon.
  2. Hadiri aktiviti - sertai pelbagai aktiviti
  3. Minta bantuan rakan
  4. Minta bantuan adik beradik
  5. Chat room
  6. Laman cari jodoh
  7. Perniagaan MLM
moga dengan cara ini, kita akan lebih cepat dapat jodoh. Dan dapat menuju ke puncak mahligai bersama yang tersayang.. mudah mudahan...


»»  READMORE...

Tips mengambil hati pasangan

Keharmonian rumahtangga terletak di tangan kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Jika anda saling memahami dan menghormati antara satu sama lain, insyaAllah rumahtangga anda akan sentiasa aman dan bahagia.

Tips mengambil hati suami
  1. Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suami. Sentiasa menjaga kecantikan diri seperti masa berkasih-kasih dahulu.
  2. Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut.
  3. Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh



Tips mengambil hati isteri
  1. Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda
  2. Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda.
  3. Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta
  4. Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah.
  5. Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan.
»»  READMORE...

December 14, 2010

Tips saat menilai cinta

Cinta tidak seindah yang didambakan!! Punca utama kehambaran Cinta dek kerana tidak mahu bersungguh untuk memperbaiki dan menjaga sesebuah ikatan itu.Ikuti beberapa tip-tip untuk menyemarakkan api cinta dan Suburkan hubungan dengan menanamkan keazaman untuk meletakkan yang terbaik demi cinta!! Semoga ianya berkekalan..InsyaAllah.


1.Lupakan masa lalu

Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.
Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.


2. Temui ramai orang

Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.


3. Ubah penampilan

Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.
Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.


4. Jangan terburu-buru

Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.


5. Jangan terlalu memilih

Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.


6. Buat keputusan

Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

sumber:kosmo
»»  READMORE...

December 13, 2010

Tips membina rumahku, syurgaku

Membina Kebahagiaan
Kebahagiaan adalah suatu yang abstrak yang lahir dari hati seseorang.  Tanda kebahagiaan antaranya dapat dilihat apabila seseorang itu berasa tenang, suka dan gembira.  Ini dapat dinilai melalui raut  wajah dan tingkah lakunya.  Kebahagiaan adalah sesuatu yang amat penting kepada setiap insan.  Ia
menjadi suatu matlamat hidup seseorang di dunia mahupun di akhirat.  Oleh  itu mengapa setiap orang sanggup bersusah payah dan bermati-matian untuk mencari kebahagiaan.

Sebaliknya kegagalan untuk mendapat kebahagiaan akan membawa kepada kekecewaan.  Kita dapati, ramai orang menjadi gila kerana hidupnya tidak bahagia.  Ada pula yang sanggup mati kerana gagal menemui kebahagiaan.  Hakikatnya kemuncak kebahagiaan  sebenar dalam hidup seseorang itu ialah apabila ia telah berjaya melakukan kebaikan atau amal soleh serta menghindari segala bentuk larangan yang telah ditetapkan oleh Islam.  Ciri utama yang menjadi ukuran masyarakat yang bahagia ialah mereka yang patuh kepada suruhan Allah secara terus menerus dengan penuh khusyu’


Mewujudkan suasana penghayatan Islam dalam keluarga

Islam telah meletakkan asas yang sempurna supaya rumah menjadi suatu tempat yang selesa kerana kebahagiaan itu bermula di rumah.  Untuk menjadikan rumah sebagai syurga maka aktiviti-aktiviti seperti mendirikan sembahyang secara berjemaah, membaca al-Quran, memberi salam ketika masuk dan keluar rumah dan sebagainya perlu dihidupkan bagi mewujudkan suasana yang harmoni di dalam sesebuah rumah tangga.


Mengekalkan kedamaian dan Kerukunan rumah tangga

Rumah tangga bahagia ialah rumah tangga yang wujud unsur-unsur kedamaian dan keselesaan.  Suami sebagai ketua keluarga berkewajipan memimpin isteri dan anak-anaknya menerusi kehidupan yang diredhai Allah SWT dengan memberi didikan agama dan menerapkan nilai-nilai murni kepada mereka.  Di antara unsur-unsur kedamaian di dalam rumah tangga ialah menanamkan sikap tolong menolong dan bantu membantu dalam keluarga, menjalinkan semangat kejiranan yang baik, menunaikan tuntutan fardhu kifayah, mengadakan aktiviti rekreasi dan sebagainya.  Semuanya ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dan mewujudkan kemesraan dalam
keluarga.


Mengukuh dan menjaga ekonomi rumah tangga

Tidak dinafikan bahawa wang dan harta merupakan satu keperluan dalam kehidupan berumah tangga, lebih-lebih lagi di zaman yang serba mencabar ini.  Boleh dikatakan hampir keseluruhan keperluan hidup memerlukan wang.  Oleh itu Islam menyuruh umatnya bekerja kuat mencari kehidupan yang kukuh dan maju supaya dunia ini dipenuhi dengan kemakmuran.  Dalam memperkukuhkan kedudukan ekonomi rumah tangga, setiap keluarga mestilah menguruskan soal-soal perbelanjaan dengan jalan yang betul dan halal.  Perkara-perkara yang menjadi tegahan agama seperti pembaziran,

makan riba, rasuah, menipu, merompak dan sebagainya wajib dijauhi malahan Islam menyuruh umatnya supaya hidup bersederhana dan berjimat cermat serta mengutamakan keberkatan Ilahi.  Rezeki yang diperolehi itu sepertiga daripadanya hendaklah dibelanjakan untuk maksud nafkah, satu pertiga untuk maslahat umur seperti zakat, sedekah dan seumpamanya dan sepertiga lagi adalah untuk tabungan atau simpanan untuk kegunaan di masa depan.


Mewujudkan keselesaan dan keindahan dalam rumah tangga

Rumah tangga adalah tempat sesebuah keluarga menikmati hidup.  Keselesaan dalam rumah amat mustahak kerana kebahagiaan keluarga itu bermula di rumah.  Kebersihan di dalam rumah akan melahirkan suasana yang harmoni dan sejahtera kerana kebanyakan gejala sosial hari ini adalah berpunca dari kepincangan rumah tangga dan keadaan rumah yang tidak terurus.


Berkomunikasi secara baik

Hubungan antara individu dalam keluarga adalah penting untuk menjamin keharmonian di dalam rumah tangga.  Aspek hubungan antara  individu atau komunikasi ini amat dititikberatkan oleh Islam.  Firman Allah SWT yang bermaksud:

“mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia...”.  
(ali-Imran: 112)

 Di dalam ayat di atas jelas menunjukkan unsur berhubungan amatlah penting untuk menjamin manusia mencapai kebahagiaan.  Dalam mencapai tahap kesempurnaan sesebuah keluarga, setiap ahli keluarga hendaklah memahami diri dan peranan masing-masing serta menjalankan kewajipannya. 

Manakala bagi mengekalkan dan meningkatkan hubungan baik dalam keluarga pulak, aspek kemahiran komunikasi adalah sangat penting.  Kebanyakan orang tidak peka dengan keperluan ini dan tidak mengambil inisiatif untuk memahami setiap permasalahan yang timbil dalam keluarga sedangkan pendekatan ‘hikmah’ seperti toleransi, pemaaf dan sebagainya amat dituntut oleh syarak.


Memupuk kasih sayang dalam keluarga

Kasih sayang dalam keluarga adalah penting.  Elemen ini perlu wujud dan disuburkan dalam sesebuah keluarga bagi melahirkan kedamaian, kesejahteraan dan kebahagiaan.  Banyak cara boleh dilakukan bagi  mewujudkan perasaan kasih sayang dalam keluarga.

Di antaranya ialah melalui didikan yang sempurna.  Selain pendidikan secara formal yang diterima di sekolah, anak-anak juga perlu dibentuk dan ditanamkan dengan perasaan kasih sayang dan semangat kerjasama, tunjuk ajar, nasihat dan kaunseling yang membina.  Lebih daripada itu anak-anak bukan sahaja perlu diajar supaya saling menyayangi sesama ahli keluarga, malah merasa sayang terhadap binatang peliharaan dan harta benda.

Mereka  hendaklah selalu diingatkan  bahawa Allah SWT sangat suka kepada orang-orang yang mempunyai perasaan  kasih sayang, suka bekerjasama dan tolong menolong sesama sendiri.  Sebaliknya Allah SWT benci kepada  orang-orang yang sering bergaduh, bermusuh-musuhan, tidak mahu bekerjasama dan benci-membenci sesama sendiri.  Sekiranya berlaku perkara-perkara yang boleh merosakkan hubungan kasih sayang di dalam sesebuah keluarga, setiap ahlinya terutama sekali para ibu bapa hendaklah segera mencari jalan penyelesaian.

Sesungguhnya kasih sayang adalah sangat penting dalam sesebuah keluarga.  Sekiranya dalam sesebuah keluarga itu tidak wujud satu ikatan yang baik dan harmoni, maka masyarakat akan menjadi pincang, lantas bangsa dan negara menjadi lemah.  Apabila situasi  ini berlaku kemajuan tidak akan dapat dicapai dan masyarakat penyayang tidak dapat diwujudkan.
»»  READMORE...

Tips menjaga hati orang yang sedang sakit hati


Tips menjaga hati orang yang sakit hati. Huhu, apa punya tips lah kan. Tak pe lah, layang je lah kemerepekan ini ya.hehehe.

1) Anda kena betul-betul pastikan orang yang sakit hati dengan anda itu betul - betul sakit hati dengan anda, kalau tidak, nayalah anda, tak kena penumbuk sebiji, kena lah di label kan diri tu gila. Tak pasal-pasal nak ambil hati dia balik

2) Jika anda yakin dia memang sakit hati dengan anda, jangan bersuara langsung dengan dia semasa dia sedang mendengus-dengus tanda marah. Kalau boleh tu lari jauh-jauh. tapi jangan lah lari terus, lepas tu pujuk lah balik ye. Kalau tak sampai bila rasa sakit hati tu berparut! haha

3) Jangan cuba datang pada dia ketika marahnya sedang memuncak walaupun 5 minit anda tidak bercakap dengannya. Kalau nampak dia jeling maut pada anda . Hilangkan diri anda pada pandangan dia buat seketika.

4) Selepas beberapa lama, anda tanya pada orang yang berdekatan dengan orang yang anda sakit kan hati, kenapa dia sakit hati dan adakah dia masih marah lagi? Kalau boleh tanya sekali apa yang patut anda buat untuk sejuk kan hati dia.

5) Bila kemarahan tahap menyejuk, boleh anda datang dekat dengan dia dan memohon maaf atas apa yang anda lakukan. Kalau boleh berikan hadiah kepada dia. Kalau saya nak bagi dia hadiah hati extra (hati ayam). Huhu, tak lah, bagi lah hadiah, sekurang-kurangnya rasa marah tu hilang

6) Tak pun, anda pura-pura menegur bertanya kabar,dan tanya kan kondisinya, adakah dia masih marah pada anda atau tidak? Kalau masih marah, anda biarkan dia bertenang dahulu. Jika tidak, mulakan lawak jenaka yang ringan-ringan. INGAT! jangan buat lawak bodoh, pasti si dia akan rasa lebih annoying.

7) Jika sakit hati itu tahap maksima, tiada apa yang boleh kita lakukan melain kan dia menegur kita kembali. Tapi mungkin mengambil masa yang agak lama lah. Tak pe, apa yang boleh kita buat, bersabar dan jangan kita pula yang sakit hati dengan orang yang sakit hati dengan kita.

8) Doakan orang yang sakit hati dengan kita tu, agar cepat sejuk hatinya dan tak marah pada kita lagi pada esok harinya. InsyaAllah pasti segalanya akan okey! :)


p/s: Bak kata Dr Fadzilah Kamsah "Sebelum tidur, cuba muhasabah diri. Maafkan semua orang hati pasti akan tenang" - So, tiada lah yang akan rasa sakit hati berpanjangan . huhu.
»»  READMORE...

Tips Komunikasi ke Arah Meningkatkan Kasih Sayang Berkekalan

1.Berkongsi impian dan tugasan di rumah.

2.Tidak mudah dan tidak sesekali merasa kecewa walaupun menempuh cabaran dan masalah dalam rumahtangga.

3.tidak berdendam-kesumat antara satu sama lain.

4.Sentiasa memohon maaf dan memaafkan kesilapan masing-masing.

5.Sentiasa mencari emas dalam diri pasangan.

6.Menganggap pasangan sebagai kawan yang paling akrab.

7.Sentiasa bersolat jemaah dan saling doa mendoakan pasangan.

8.Berterus terang mengenai perselisihan yang kecil untuk mengelakkan konflik yang lebih besar.

9.Memahami kepentingan hubungan seks.

10.Mencari perubahan untuk merangsang perubahan dalam rumahtangga.

»»  READMORE...

Adab bersahabat


Adab-Adab Bersahabat:-
Terdapat banyak adab yang dituntut dalam Al-Quran dan As-Sunnah berkenaan hal ini. Di sini saya cuba sertakan beberapa daripadanya.

Khabarkan kepada saudaranya bahawa dia mencintainya kerana Allah

Berkenaan dengan hal ini, mari kita renungi sabda Rasulullah s.a.w:
“Jika salah seorang daripada kamu mencintai saudaranya, hendaklah ia memberitahu kepadanya bahwa dia mencintainya” (Ahmad, Abu Daud, Al-Hakim, Ibnu Hibban. Lihat: Sahihul Jami’)
Dalam hadith yang lain, ada disebut “mencintainya kerana Allah” (uhibbuhu fillah). (Ahmad)
Syeikh Abdul Aziz Fathi As-Sayyid Nada memberi komen tentang hal ini: “Selayaknya seorang muslim tidak merasa segan atau malu untuk menghidupkan sunnah Nabi musthofa s.a.w, menyebarkannya dan menampakkannya di tengah-tengah manusia. Bahkan, ini merupakan amal soleh yang sangat agung, yang akan terus mengalirkan pahala baginya.” (Mansuu’atul Aadaab Al-Islamiyyah)

Mengucapkan salam
Hal ini ada disebutkan dalam hadith berikut, telah bersabda Rasulullah s.a.w:
Hak muslim atas muslim yang lainnya ada enam. Para sahabat bertanya: “Apa sahaja, wahai Rasulullah?. Berkata Rasulullah s.a.w: “Ucapkan salam jika berjumpa denganya. Jika ia mengundang kamu, maka penuhilah undangannya. Jika dia meminta nasihat, maka berilah nasihat. Jika dia bersin dan memuji Allah (mengucapkan Alhamdulillah), maka ucapkanlah tasymit (Yarhamukumullah). Jika ia sakit, maka jenguklah dia. Jika dia meninggal dunia, maka iringilah jenazahnya” (Muslim)

Memenuhi undangan
Berdasarkan hadith di atas tadi, ada disebut bahawa memenuhi undangan adalah hak yang perlu disempurnakan. Sekalipun kita berpuasa, kita harus cuba memenuhi undangan yang diterima. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Jika salah seorang daripada kamu diundang, hendaklah ia memenuhi undangan tersebut. Jika dia sedang berpuasa (sunnah), hendaklah ia mendoakan pihak pengundang. Jika dia tidak berpuasa, maka makanlah”(Muslim)
Namun, menurut penjelasan Al-Ustaz Abu Bakr Jabir Al-Jazairi, jika majlis tersebut boleh memberi mudarat kepada agama atau tubuh badan seseorang, maka undangan tersebut boleh ditolak. (Minhajul Muslim)

Memberi nasihat jika diminta

Mengucapkan tashmit ketika saudaranya bersin
Mengucapkan tashmit adalah hak yang keempat disebut dalam hadith enam hak muslim tadi. Tashmit bermaksud ucapan “yarhamukallah” (semoga Allah merahmati kamu).
Apabila seseorang muslim bersin, dia dituntut untuk mengucapkan “Alhamdulillah”. Orang yang mendengar hal itu perlu mengucapkan tashmit. Setelah itu, orang yang bersin perlu mengucapkan “yahdikumullahu wa yuslihu baalakum” (semoga Allah memberi hidayah dan memperbaikkan keadaan diri kamu). Hal ini ada disebut dalam hadith sahih, riwayat Al-Bukhari.
Jika orang yang bersin tidak mengucapkan Alhamdulillah, maka tidak perlu ucapkan tashmit. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Jika seorang daripada kalian bersin kemudian memuji Allah, maka ucapkanlah tasymit kepadanya. Jika dia tidak memuji Allah, maka jangan kamu ucapkan tashmit kepadanya.” (Muslim)

Menjenguk saudaranya ketika dia sakit
Ini adalah hak kelima disebutkan dalam hadith hak muslim tadi. Menziarahi saudara muslim yang sakit adalah satu adab yang begitu bernilai. Renungi hadith-hadith berikut:
“Barangsiapa menjenguk orang sakit maka ia tetap berada di khurfatul jannah sampai dia kembali. Para sahabat bertanya: “Apa itu khurfatul jannah wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab: ‘Janaaha’ (kebun yang sedang berbuah di syurga)” (Muslim)
“Tidaklah seorang muslim menjenguk saudaranya sesama muslim yang sakit di pagi hari, melainkan 70000 malaikat akan mendo’akannya sampai waktu petang. Apabila dia menjenguknya di waktu petang, maka 70000 malaikat akan mendo’akannya sampai waktu pagi. Dia pun akan mendapatkan taman di syurga” (Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah. Menurut Tirmidzi, hadith ini hasan)

Mengiringi jenazah saudara seislam
Jika ada sahabat kita yang meninggal dunia, maka ikutilah jenazahnya dari mandi, solat dan pengebumian.
Setelah dia ditanam, kita dituntut untuk mendoakannya. Rasulullah pernah berkata kepada para sahabat setelah selesai proses pengebumian seorang sahabat yang telah meninggal dunia:
“Mohonlah keampunan untuk saudaramu dan mohonlah keteguhan hati baginya, kerana sekrang dia sedang ditanya” (Abu Daud dan Al-Hakim. Disahihkan oleh Al-Hakim, dipersetujui oleh Az-Dzahabi. Lihat Sahiihul Jami’)

Mendoakan saudara seagama

Berdoa untuk kebaikan saudara seislam bakal memberi manfaat yang besar untuk diri kita, ini kerana berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:
Tidaklah seorang muslim mendoakan saudaranya yang tidak berada di sisinya, melainkan berkata para Malaikat: Dan bagi kamu seperti apa yang kamu doakan“ (Muslim)
Maksudnya, kalau kita mendoakan sesuatu untuk seorang muslim yang lain, Malaikat akan mendoakan hal yang sama untuk kita.

Saling memberi hadiah sesama muslim
Berkenaan dengan memberi hadiah, jelas disebut dalam hadith Rasulullah s.a.w:
“Saling memberi hadiahlah sesama kamu, maka kamu akan saling mencintai” (Bukhari)
Berkenaan dengan larangan menolak hadiah, ada disebut dalam hadith Rasulullah s.a.w berikut:
“Penuhilah undangan orang yang mengundang dan janganlah menolak hadiah..” (Bukhari, Ahmad, At-Thabrani dan Al-Baihaqi. Lihat: Sahiihul Jami’)

Menutup aib saudaranya
Telah bersabda Rasulullah s.a.w:
“Barangsiapa menutup keaiban saudaranya di dunia, maka Allah akan menutup aibnya di hari Kiamat”(Bukhari dan Muslim)

Tidak memboikot saudaranya (tidak lebih tiga hari)

Hal ini jelas dilarang oleh Rasulullah s.a.w dalam hadith berikut:
“Tidak halal bagi seorang Muslim memboikot saudaranya lebih dari tiga hari. Jika keduanya berjumpa, maka yang satu berpaling dan yang lain juga berpaling. Yang paling baik di antara kedua mereka adalah yang terlebih dahulu mengucapkan salam” (Bukhari dan Muslim)

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh). 

( Az-Zukhruf,43:67)

Atas apakah persahabatan kita disandarkan?? Fikir-fikirkan.
Allahualam.
»»  READMORE...

Salam ukhwah fillah.. harap sudilah follow