December 11, 2010

Tips kasih sayang

Rumahtangga yang dilimpahi kasih sayang adalah idaman wanita. Masing-masing berperanan untuk saling kasih mengasihi. Berikut ini adalah peranan pihak suami:

1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar,memberitahu 
sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You". 

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari. 

3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur. 

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri 
mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh. 

5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor 
telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat 
sampai. 

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik. 

7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri. 

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama. 

9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya...... sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkannya. 

10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa. 

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual. 

12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri. 

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri 
atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan. 

14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai. 

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala. 

16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan. 

17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin 
menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan. 

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.

19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak. 

20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi,jamu atau seumpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri. 

21. Apabila isteri anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik, penuh kasih sayang seperti yang diberi oleh isteri anda kepada mereka serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga isteri anda. Mudah-mudahan nanti, aman dia disana 

 
*sayangi sebuah perkenalan kerana disitu terciptanya kemesraan.. kenangi sebuah perhubungan kerana disitu terciptanya kerinduan*


 
»»  READMORE...

TIPS MEMPERKUKUHKAN TALI PERSAUDARAAN

Agama Islam telah meletakkan dasar-dasar praktis dan cara yang positif dalam usaha memperkukuhkan ikatan cinta kasih dan dalam memperdalamkan roh ukhwah.

Jika peraturan-peraturan ini di pegang teguh oleh umat Islam maka persaudaraan (ukhwah) itu akan semakin kukuh. Beberapa panduan untuk tercapainya kekukuhan roh ukhwah cara persaudaraan :

MEMBERITAHU KEPADA SAUDARA YANG DICINTAINYA
Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaknya ia memberitahu kepadanya." dari Abu Daud dan Tirmizi.

BERDOA UNTUK MEREKA
Menurut riwayat Muslim bahawa Rasullah bersabda: "Tidak seorang hamba mukmin berdoa
untuk saudaranya dari kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata; dan bagimu juga seperti itu."

MEMBERI SENYUMAN KETIKA BERTEMU 
Seperti yang disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan dari Abu Dzar .a bahawa Rasulullah bersabda ertinya: "Janganlah engkau remehkan kebaikan apa saja (yang datang dari saudaramu). Dan jika engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia senyuman kegembiraan." (hari Muslim)

BERJABAT TANGAN BILA BERTEMU 
Rasulullah SAW menganjurkan umatnya bila bertemu dengan saudara-saudara agar cepat-cepatlah berjabat tangan sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Abu Daud dari Barra: "Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah."

MENGUNJUNGI SAUDARA
Dalam kitabnya Al Muwathtaa Iman Malik meriwayatkan: Bersabda Nabi Muhammad SAW bahawa
Allah berfirman : "Pasti akan mendapat cintaku orang-orang yang mencintai kerana Aku, dimana keduanya saling berkunjung kerana Aku dan saling memberi kerana Aku."

MENYAMPAIKAN UCAPAN SELAMAT ]
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Barangsiapa mengucapkan selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat kebahagiaan nescaya Allah
menggembirakan pada hari kiamat." (hari Tabrani).


MEMBERI HADIAH 
Imam Dailami meriwayatkan dari Anas dengan marfu' bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya:
"Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati." Dalam hadisnya marfu, Imam Thabrani meriwayatkan dari Aisyah ra bahawa Rasulullah bersabda ertinya: "Biasakanlah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan saling mencintai."

MEMPERHATIKAN KEPERLUAN SAUDARA 
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. Bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Siapa yang meringankan beban penderitaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan beban penderitaannya di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang dalam keadaan susah pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutupi aib seseorang muslim pasti Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat. Dan Allah akan selalu menolong hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya." (hari Muslim)

MENEGAKKAN HAK-HAK PERSAUDARAAN
Untuk memperkukuhkan ukhwah maka adalah wajib bagi kita untuk menunaikan hak-hak yang dimiliki saudara lain, seperti menziarah saudaranya yang sakit, mendoakannya ketika bersin, dan menolong bagi yang teraniaya (dizalimi).

Oleh kerana itu adalah tidak perlu ragu lagi bagi kita bila seorang muslim memberitahu saudaranya bahawa ia mencintainya, membiasakan mendoakan saudaranya dari jauh, bersikap senang apabila berjumpa dengan saudaranya, membiasakan berjabat tangan bila berjumpa, mengucapkan salam, memberi hadiah, saling menziarahi. Maksud dari semua itu adalah tidak lain untuk menunjukkan rasa cinta kasih sekali gus untuk mempereratkan ukhwah bila dalam melaksanakannya adalah betul-betul ikhlas kerana Allah SWT.
»»  READMORE...

Tips memelihara kebahagiaan

Panduan kebahagiaan rumah tangga

Oleh ZULKIFLI JALIL

pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 15 Nov. - Bimbang dengan trend perceraian terutama dalam tempoh 10 tahun pertama, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) berkata, kebahagiaan sesebuah rumah tangga itu boleh dikecapi sehidup semati asalkan setiap pasangan berpegang kepada prinsip tertentu.

Antaranya, jangan peras pendapatan isteri, tidak menjadikan artis bercerai-berai sebagai idola, tidak bertunang terlalu lama dan tabah mengharungi cabaran material masa kini.

Menurutnya, keghairahan sesetengah media memberi liputan meluas kepada isu perceraian dan perkahwinan seseorang artis juga boleh mendatangkan musibah kerana peminat yang menjadikan mereka idola akan terikut-ikut dengan trend negatif itu.

''Kerap kali saya tengok ada sehingga setengah muka surat akhbar disediakan untuk cerita artis terbabit, ini boleh memberi impak negatif kepada masyarakat.
''Juga, dalam hal rumah tangga ini, kalau suami isteri tu sama-sama makan gaji, jangan pula si suami peras isteri, kalau pinjam duit isteri tu bayar baliklah sebab yang bertangggungjawab dalam hal rumah tangga, anak dan isteri, adalah suami.
''Demikian juga bagi pasangan yang bertunang, jangan bertunang lama-lama sehingga dua atau tiga tahun kerana dikhuatiri mereka fikir boleh jalan dan tidur bersama. Lagipun kemanisan hidup berumah tangga mungkin tidak ada, sebab sudah selalu bertemu," kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang mendapati perkahwinan dalam tempoh 10 tahun pertama amat terdedah kepada keruntuhan rumah tangga sekiranya tiada kesabaran.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Othman Mustapha, kajian Jakim pada 2008 itu mendapati pada tempoh berkenaan, perkahwinan menghadapi cabaran hebat seperti rumah tangga mudah goyah sehingga berlakunya perceraian.

Kata beliau, dalam kajian pada 2007 pula mendapati 32.2 peratus perkahwinan untuk tempoh lima tahun pertama mengalami perceraian.
Selain itu 27.7 peratus perceraian berlaku untuk tempoh enam hingga 10 tahun pertama perkahwinan.



 
Disini saya sertakan tips bagaimana untuk kita menjaga kebahagiaan rumah tangga yang kita bina agar perceraian dan keruntuhan rumah tangga dapat dielakkan...

1. Belajar menguruskan pemikiran, perasaan dan hati sendiri supaya kita boleh faham dan rasai perasaan orang lain.

2. Belajar bagaimana berkomunikasi dengan baik supaya pasangan tidak terasa terhina atau merendah diri. Komunikasi adalah nyawa dalam hubungan.

3. Jangan menyinggung dan merendahkan pasangan anda secara lisan atau bukan lisan.

4. Jangan tunjuk kuasa. Belajar bersikap terbuka.

5. Tingkatkan keyakinan pada Tuhan.

6. Jangan cepat melatah dalam menguruskan rumahtangga

7. Bina hubungan intim dengan kefdua-dua belah keluarga.

8. Cari pakar rujuk dalam apa jua krisi rumahtangga.

9. Bagi ruang kepada suami/ isteri untuk luahkan apa yang dia rasa.

10. Bagi pasangan yang bekerja, menguruskan karier dan keluarga haruslah serentak.

11. Cuba dapatkan pendapatan yang benar-benar halal.

12. Bina gaya hidup beragama. Didik isteri.

13. Banyakkan aktiviti bersama keluarga.

14. Belajar mentafsir al-Quran

15. Rajin minta maaf dan memaafkan.

16. Banyakkan berbincang

17. Banyakkan berSYUKUR, SABAR dan IKHLAS
»»  READMORE...

December 10, 2010

5s tips kekal segar sepanjang pagi

Anda mengalami masalah mengantuk di waktu pagi?

Rasulullah s.a.w. tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah s.w.t. memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi:

"Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi"

Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh. Disebutkan ulama bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yang berjaga malam uuntuk qiyam dan sebagainya.

Ada tips yang boleh diamalkan jika kita mahu kekal berjaga pada waktu pagi.
Tips ini saya dapat dari ayah sahabat saya. Mari kita amalkan 5S ini :

01.Subuh
Jangan tinggal solat Subuh bagi yang boleh melaksanakannya. Dan lebih elok, sambung dengan bacaan Ma'thurat atau al-Quran.

02.Senaman
Buatlah senaman yang ringan dalam rumah, kalau rajin, berjoging di luar rumah. Jalan kaki juga dikira senaman.

03.Sembang
Rupanya borak-borak pun boleh hilangkan mengantuk. Selalu juga buat kalau ada sahabat yang turut tidak tidur lepas subuh. Tapi jangan sembang benda- benda yang lagha; nanti pagi-pagi sudah kumpul dosa. Nauzubillah.

04.Sapu rumah
Betul, kalau tidak percaya, cubalah. Ini juga salah satu senaman.

05.Selesai atau Sempurna
Pastikan semua yang kita buat tu semuanya selesai. Yela, nak hilangkan mengantuk, kita pun pergi la cari penyapu nak sapu rumah, tapi tidak sampai 3 minit, kita sudah masuk tidur balik sebab tak tahan mengantuk sangat.

Kesimpulannya, tips 5S ini perlulah dilaksanakan dengan sempurna supaya ia betul- betul berkesan.

Dan bagi saya, ada dua S yang saya buat untuk hilangkan mengantuk dan tidak tidur lepas subuh.

Pertama, saya Segarkan diri (mandi), bila tubuh dah segar secara tak langsung, saya rasa semangat, tidak banyak pun sikit.

Kedua, Study atau Siapkan kerja yang tidak siap. Masa ni la saya ambil peluang selesaikan tugasan yang pensyarah bagi sebab malam selalunya saya tidur awal.

Ok, selamat beramal dan jika ingin wajah berseri ataupun awet muda, jangan amal tidur lepas Subuh ye :D

 Sumber : Email Yahoo Group

SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA SEGAR DI PAGI HARI
»»  READMORE...

December 9, 2010

Tips memotivasikan diri

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :
1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni. Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas beteri’ saja. Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan. Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!
5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak? Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi. Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja. Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari. Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti. Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda. Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea. Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh! Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.
7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya. Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung. Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda. Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.
SELAMAT MENCUBA..  SELAMAT BERAMAL…

Tingkatkan Keyakinan Diri


»»  READMORE...

Salam ukhwah fillah.. harap sudilah follow