November 27, 2010

3 Cara tidak melewat-lewatkan kerja


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; 
Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.


Cara #1: Beri tekanan pada diri sendiri
Ramai antara kita menunggu sesuatu atau seseorang untuk memotivasikan mereka. Sebenarnya motivasi ada di mana-mana sahaja. Dengan hanya menunggu, tiada apa yang akan berlaku. Antara kita, hanya 2% sahaja yang boleh memulakan sesuatu tanpa sebarang pengawasan atau suruhan. Mereka ini digelar pemimpin. Sekiranya anda menunggu, anda akan menunggu untuk selama-lamanya.
Pemimpin melakukan pilihan sendiri untuk terus berusaha, golongan ini meletakkan satu standard yang tinggi. Anda perlumenanamkan semangat sebagai seorang pemimpin dan lakukan lebih daripada apa yang sepatutnya anda lakukan. 
Sekiranya anda bekerja, lakukan lebih daripada apa yang anda dibayar.
  1. Sekiranya kita melakukan sesuatu lebih daripada kemampuan kita, kita akan merasakan kepuasan dan semangat akan semakin menjadi tinggi. 
  2. Sekiranya anda melakukan kerja yang anda ingin siapkan pada kadar segera, anggap dan letakkan tekanan bahawa ia mesti disiapkan pada kadar yang segera. 
  3. Anggap hari esok anda perlu ke outstation dan kerja di tangan anda ini mesti di siapkan juga sebelum malam ini. 
  4. Bayangkan dan Tanya pada diri anda sendiri, sekiranya esok saya harus pergi outstation, apa perlu saya lakukan untuk menyiapkan kerja saya pada hari ini juga.
Cara #2: Apa akan terjadi sekiranya...
Ianya dikatakan, manusia melakukan perkara untuk mendapatkan kebahagiaan atau mengelakkan kesengsaraan. Dalam apa sahaja yang anda lakukan, sudah pasti terdapat elemen menambahkan kebahagiaan anda, atau mengelakkan kesengsaraan dan penderitaan.
Dalam mengurus masa anda, fikirkan apa yang akan terjadi, sekiranya anda tidak melakukan tugasan di tangan secepat mungkin. Adakah anda mendapat kebahagiaan, atau kesengsaraan?

Beri tumpuan dan fokus kepada perasaan tersebut. Lipatkali gandakan perasaan tersebut, sekiranya kebahagiaan, gandakannya dengan sepuluh! Sekiranya kesengsaraan yang anda akan dapat, gandakannya dengan sepuluh.
 

Manusia melakukan sesuatu oleh kerana emosi di dalam diri. Dengan memainkan emosi anda dengan fokus kepada mendapat kebahagiaan yang berganda dan mengelakkan kesengsaraan yang berganda, emosi anda akan memberi daya tolakan kepada diri anda untuk menyiapkan sesuatu kerja secepat mungkin dnegan sempurna.
Pertimbangkan apa yang akan terjadi sekiranya apa yang anda ingin lakukan di lewat-lewatkan! 

Cara #3: Tambahkan ilmu dalam bidang focus anda

Manusia adalah insan yang amat hebat dan boleh mencapai apa sahaja matlamat dengan ilmu dan pengalaman yang mencukupi. Lipatkali gandakan ilmu anda dalam bidang anda. Dengan ilmu yang lengkap, segala kerja yang dilakukan adalah lebih mudah.
Sering kali kita tidak dapat meneruskan sesuatu kerja apabila kita tidak tahu melakukannya, atau, mempunyai ilmu yang kurang dalam kerja yang perlu ditangani.  Ini akan melambatkan sesuatu tugas dan adakalanya akan menurunkan produktiviti dan motivasi. Tekanan mula di rasa apabila ilmu yang dimiliki tidak dapat menangani kerja di tangan.
Dedikasikan diri anda untuk menjadi pakar dalam bidang anda. Baca buku, hadiri seminar, minta nasihat dari yang lebih pakar, dan tambahkan kepakaran anda, sama ada yang berkaitan secara langsung dengan kerja anda, ataupun tidak.
Orang disekeliling anda akan merasa pelik, bagaimana andamencapai kejayaan dalam waktu yang amat singkat. Jawapannya, lipat kali gandakan ilmu dalam bidang anda!
»»  READMORE...

Tips Kecemerlangan Diri

Setiap insan inginkan kecemerlangan di dalam diri mereka. Kecemerlangan diri tersebut adalah untuk diri individu itu sendiri, keluarga, kerjaya, bangsa, agama dan negara. Teknik atau cara untuk cemerlang dipelajari sama ada melalui didikan daripada ibubapa, guru, saudara mara, jiran, rakan-rakan, kursus/seminar atau melalui pengalaman realiti yang telah ditempuhi. Maknanya, terdapat pelbagai cara yang boleh dipelajari dan dipraktikkan mengikut kesesuaian diri individu itu sendiri.

Di sini saya ingin berkongsi beberapa tips atau panduan bagi merealisasikan kecemerlangan diri kepada para pembaca sekalian. Keberkesanannya adalah bergantung kepada kesesuaian, cara dan keikhlasan anda mempraktikkannya."Tepuk dada tanyalah selera".

1. Bersikap positif terhadap perubahan
Perubahan adalah satu harapan dan bukannya ancaman. Yakin bahawa kita boleh melakukan sesuatu untuk berubah. Melihat diri sebagai agen perubahan.

2. Bersikap postif terhadap diri sendiri
Yakin bahawa setiap kelemahan boleh diatasi.
Semangatkan diri untuk mendapatkan kemahiran baru. Wujudkan keberanian dan yakin dengan Allah.
Menerima ketidaksempurnaan tetapi perlu menghormati diri sendiri. Bentuk imej diri yang positif. Bersyukur bila dikeji dan beristighfar bila dipuji.

3. Bersikap positif terhadap kepemimpinan
Yakin mengenai kebolehan untuk memimpin diri dan orang lain.

Mempunyai pegangan positif mengenai :
I. Kebijaksanaan diri
II. Kebolehan diri
III. Kemampuan/keupayaan diri

Yakinkan diri bahawa kita mampu untuk :
I. Mencari alternatif dan pilihan serta boleh membuat keputusan.(lakukan solat istikharah untuk membantu)
II . Bertanggungjawab untuk membuat keputusan bagi diri sendiri - menulis skrip hidup sendiri.
III. Mengubah apa yang perlu diubah secara mental, emosi dan tindakan.
IV. Berusaha mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

4. Bersikap positif terhadap masalah
Menerima hakikat bahawa "masalah adalah asam garam kehidupan". Setiap masalah boleh dipecahkan kepada beberapa masalah kecil. Setiap masalah Insya-Allah ada jalan penyelesaiannya jika berikhtiar dan bertawakkal kepada Allah. Jika kita tidak mampu menyelesaikannya, orang lain mungkin boleh membantu. Setiap masalah mempunyai hikmah yang tersembunyi. Merasionalkan pemikiran bahawa masalah adalah satu cabaran atau keputusan yang perlu diurus.

5. Bersikap positif terhadap orang lain. Kita berjaya sebab dibantu oleh orang lain. Kita boleh belajar sesuatu dari orang lain. Kita memerlukan orang lain untuk berkongsi idea atau pendapat.

6. Bersikap positif terhadap keadaan emosi atau mood Emosi perlu 'berehat' sekali-sekala (emotional retreat). Perubahan emosi mengingatkan kita untuk muhasabah diri. Setiap emosi ada maksud yang tersirat. Kawal emosi agar kita jadi manusia yang lebih baik. "Ada pasang, pasti ada surut".

7. Bersikap positif terhadap idea yang kreatif
Hormati idea dan pemikiran sendiri. Sedari bahawa satu idea boleh mencetuskan satu organisasi baru. Walaupun idea kurang bermutu, jangan menyalahkan diri sendiri kerana sekurang-kurangnya anda mempunyai idea.

8. Bersikap positif terhadap keputusan yang dibuat
Ingat bahawa setiap keputusan mempunyai risiko.
Tidak mahu membuat keputusan adalah satu "keputusan". Orang yang cemerlang selalunya membuat keputusan yang baik.

9. Bersikap positif terhadap qada' dan qadar
Tidak ada manusia yang dapat melawan ketentuan Allah. Apa yang Allah berikan kepada kita adalah yang terbaik untuk kita. Manusia mampu merancang tetapi Allah yang menentukan.

10. Bersikap positif terhadap matlamat yang ditetapkan. Matlamat akan positif jika dikuasai oleh pemikiran yang positif. Perlu rasa malu pada diri sendiri sekiranya matlamat yang ditetapkan tidak dirancang dengan baik dan tidak dilaksanakan dengan berkesan. Sentiasa memperbaiki diri jika matlamat tidak tercapai dan jangan berputus asa.


»»  READMORE...

Tips mencuci hati

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 tak sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10. Kekalkan wuduk

11. Bersedekah

12. Belanja orang makan

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14. Berkawan dengan ulama

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya

17. Pesan pada orang, jadi baik

18. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat

»»  READMORE...

tanda-tanda kebahagian dan kesengsaraan

"Bahagia dan sengsara ada petandanya. Berikut ini adalah tanda bahagia dan sengsara dalam kehidupan kita

Tanda-tanda Bahagia

1. Menjauhkan diri dari urusan dunia dan senang kepada urusan akhirat
2. Kemahuan kuat terhadap ibadah dan membaca al-Quran
3. Sedikit bicara terhadap apa yang tidak diperlukan
4. Sangat memelihara sholat lima waktu
5. Menjaga diri dari yang haram dan syubhat, sedikit atau banyak
6. Bersahabat dengan orang-orang soleh dan baik
7. Rendah diri
8. Bersifat dermawan yang ikhlas
9. Belas kasihan terhadap makhluk-makhluk Allah yang lain
10. Bermanfaat kepada orang lain
11. Selalu ingat mati dan bersiap sedia menghadapinya


Tanda-tanda Sengsara

 
1. Rakus terhadap harta dunia
2. Kemauan nafsu yang kuat dan cenderung pada kelezatan dunia
3. Perkataan yang kotor dan banyak ghibah (menceritakan cela orang lain)
4. Menganggap enteng sholat 5 waktu.
5. Bersahabat dengan orang-orang fasik
6. Buruk prilakunya
7. Sombong dan tinggi hati
8. Enggan memberi kebaikan kepada orang lain
9. Sedikit kasih sayang terhadap orang yang beriman
10. Pengecut
11. Lupa terhadap mati

(Dipetik dari kitab Tanhibul Ghafilin)


»»  READMORE...

November 24, 2010

tips ke kearah kebahagiaan

Semua manusia yang normal menginginkan rumahtangga yang bahagia dan harmoni. Kebahagiaan dan keharmonian itu bukan suatu yang boleh disamakan antara seorang manusia dengan manusia yang lain. Ia suatu yang subjektif. Mungkin ada yang menyatakan ketenangan dalam rumahtangga itu diukur sebagai kebahagiaan. Adapula yang mengukur kebahagiaan itu sebagai persefahaman dan anak-anak yang soleh. Justeru artikel ini tidak akan mengupas erti kebahagiaan itu, akan tetapi ianya sebagai satu garis panduan bagi membina kebahagiaan agar segala nilai yang hendak dicapai dalam memberi makna kepada 'kebahagiaan' itu tercapai mengikut pentafsiran masing-masing.

Sebuah rumahtangga yang bahagia tidak akan dapat dibina tanpa kefahaman, penghayatan dan pengamalan terhadap segala tanggungjawab yang diamanahkan. Ini kerana sebuah perkahwinan itu adalah satu ikatan di atas nama Allah dengan satu amanah sebagai seorang suami dan isteri. Dalam sepotong hadis Nabi S.A.W ada bersabda yang bermaksud :

" Bertaqwalah kepada Allah mengenai perempuan! Sesungguhnya kamu telah menerima mereka atas jaminan Allah dan perhubungan kamu dengan mereka telah dihalalkan denga perkataan-perkataan Allah".

Oleh kerana itu Islam telah menetapkan tanggungjawab keatas setiap suami dan isteri. Diantara tanggungjawab seorang suami ialah :

1) Berusaha dan menyediakan nafkah zahir dan batin kepada isteri dan keluarga. Nafkah ini hendaklah bersesuaian dengan kemampuan suami dan keperluan isteri dan anak-anak secara ghalib(kebiasaan). Ia juga hendaklah pada tahap yang tidak memudharatkan mana-mana pihak. Firman Allah dalam Surah at-Talaq ayat 7 yang bermaksud :

" Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan oarang yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah daripada apa yang diberikan Allah kepadanya( sekadar yang mampu). Allah tidak memberatkan seseorang malainkan sekadar kemampuan yang diberikan Alllah kepadanya. Orang-orang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa Allah akan memberi kesenangan sesudah berlakunya kesusahan"


2) Membenarkan isteri menguruskan harta dan kewangannya sendiri. Terutama bagi isteri yang berkerja atau mempunyai harta bawaan sebelum sesuatu perkahwinan. Harta itu adalah hak isteri. Namun jika isteri bersedia berkongsi atau memberikannya kepada suami ia merupakan satu amal jariah isteri yang dikira sebagai sedekah.

3) Menghormati isteri. Seorang suami yang tahu menghormati isteri akan dihormati oleh isteri dan anak-anaknya. Menghormati isteri disini bermaksud tidak meletakkan isteri sebagai hamba yang disekat kebebasan, diherdik, dihina dan sebagainya. Sikap hormat menghormati akan membina kerukunan dan kebahagiaan rumahtangga.

4) Melayani isteri dengan baik secara zahir dan batin. Tidak terlalu berkasar atau bertindak zalim kepada  seorang isteri. Juga tidak bersifat kebinatangan kepada isteri.
Semoga sebahagiaan tips yang dipaparkan ini dapat membantu kita dalama membina sebuah rumah tangga yang bahagia dan berkekalan..


»»  READMORE...

Salam ukhwah fillah.. harap sudilah follow