November 24, 2010

tips ke kearah kebahagiaan

Semua manusia yang normal menginginkan rumahtangga yang bahagia dan harmoni. Kebahagiaan dan keharmonian itu bukan suatu yang boleh disamakan antara seorang manusia dengan manusia yang lain. Ia suatu yang subjektif. Mungkin ada yang menyatakan ketenangan dalam rumahtangga itu diukur sebagai kebahagiaan. Adapula yang mengukur kebahagiaan itu sebagai persefahaman dan anak-anak yang soleh. Justeru artikel ini tidak akan mengupas erti kebahagiaan itu, akan tetapi ianya sebagai satu garis panduan bagi membina kebahagiaan agar segala nilai yang hendak dicapai dalam memberi makna kepada 'kebahagiaan' itu tercapai mengikut pentafsiran masing-masing.

Sebuah rumahtangga yang bahagia tidak akan dapat dibina tanpa kefahaman, penghayatan dan pengamalan terhadap segala tanggungjawab yang diamanahkan. Ini kerana sebuah perkahwinan itu adalah satu ikatan di atas nama Allah dengan satu amanah sebagai seorang suami dan isteri. Dalam sepotong hadis Nabi S.A.W ada bersabda yang bermaksud :

" Bertaqwalah kepada Allah mengenai perempuan! Sesungguhnya kamu telah menerima mereka atas jaminan Allah dan perhubungan kamu dengan mereka telah dihalalkan denga perkataan-perkataan Allah".

Oleh kerana itu Islam telah menetapkan tanggungjawab keatas setiap suami dan isteri. Diantara tanggungjawab seorang suami ialah :

1) Berusaha dan menyediakan nafkah zahir dan batin kepada isteri dan keluarga. Nafkah ini hendaklah bersesuaian dengan kemampuan suami dan keperluan isteri dan anak-anak secara ghalib(kebiasaan). Ia juga hendaklah pada tahap yang tidak memudharatkan mana-mana pihak. Firman Allah dalam Surah at-Talaq ayat 7 yang bermaksud :

" Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan oarang yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah daripada apa yang diberikan Allah kepadanya( sekadar yang mampu). Allah tidak memberatkan seseorang malainkan sekadar kemampuan yang diberikan Alllah kepadanya. Orang-orang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa Allah akan memberi kesenangan sesudah berlakunya kesusahan"


2) Membenarkan isteri menguruskan harta dan kewangannya sendiri. Terutama bagi isteri yang berkerja atau mempunyai harta bawaan sebelum sesuatu perkahwinan. Harta itu adalah hak isteri. Namun jika isteri bersedia berkongsi atau memberikannya kepada suami ia merupakan satu amal jariah isteri yang dikira sebagai sedekah.

3) Menghormati isteri. Seorang suami yang tahu menghormati isteri akan dihormati oleh isteri dan anak-anaknya. Menghormati isteri disini bermaksud tidak meletakkan isteri sebagai hamba yang disekat kebebasan, diherdik, dihina dan sebagainya. Sikap hormat menghormati akan membina kerukunan dan kebahagiaan rumahtangga.

4) Melayani isteri dengan baik secara zahir dan batin. Tidak terlalu berkasar atau bertindak zalim kepada  seorang isteri. Juga tidak bersifat kebinatangan kepada isteri.
Semoga sebahagiaan tips yang dipaparkan ini dapat membantu kita dalama membina sebuah rumah tangga yang bahagia dan berkekalan..


»»  READMORE...

November 23, 2010

63 Petua Keluarga Bahagia

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.
Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera. Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.
Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.
Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding motivasi dan keluarga, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

keluarga bahagia 


1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
  • Mental, pendidikan dan ilmu
  • Emosi
  • Fizikal dan ekonomi
  • Sosial
  • Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
  • Pendapat atau pandangan
  • Hobi
  • Kegemaran
  • Makanan
  • Cita rasa
  • Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

»»  READMORE...

November 22, 2010

Tips menangani anak nakal

Ini adalah antara tips yang saya pernah baca di forum cari (parenting talk).

Untuk menangani anak nakal.Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.

Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

1.selalu amalkan baca 'Ya Latif' sebanyak 7 kali dan dihembuskan kat kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur...

2.kita kena sabar bebanyak...pendekatan moden sekarang ialah jgn menangan anak...tapi slow talk dan pujuk lebih baik disamping byk berdoa pada Allah mintak dilembutkan hatinya

3. bangun pagi..peluk anak sebyk 3x. usapkan kepala & berselawat sambil berniat di dlm hati
(bergantung pd niat kita utk si anak)

4. baca al-fatihah,lbaca surah taha ayat 1-5..dan kemudian baca doa NABi DAUD sebyk 3x
"YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU
LEMBUTKAn NABI DAUD AKAN BESI" dan hembuskan makanan/minuman atau kalo
anak masih menyusu..hembuskan pd susu.

5. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”

Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

6.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.

Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.

7. Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”

8.Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan ketika anak baru lelap kerap saya amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.

9.Selepas solat lima waktu, saya mengamalkan doa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”

Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”

Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak. Doa itu senjata mukmin.



Soalan dijawab oleh Rosnah Ahmad, Pengusaha Tadika dan Taska Islam dan Ahli Jawatankuasa Wanita JIM Pahang. 
Persoalan dan jawapan layari 
www.wanitajimceria.blogspot.com

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan

anak2 bergaduh
- Surah Al Baqarah - Ayat 102 

Anak2 pandai belajar
- Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79 

Anak2 lembut hati/ elak panas baran
- Surah Al Anbiyaa - Ayat 69, Surah Al Hasyr - Ayat 22-24 

Anak2 malas sekolah
- Surah Toha ayat 1-5 

Bg anak2 yg suka keluar malam
- Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x
»»  READMORE...

November 21, 2010

Tips Menggapai keluarga bahagia yang diredhai…

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, inginkan kebahagiaan. Malangnya, ramai orang yang gagal mencapai kebahagiaan yang diidamkan. Kadangkala kehidupan mereka disaluti dengan kemewahan, tetapi rumah tangga yang dibina diakhiri dengan penceraian.

Tip di bawah untuk undang keberkatan berusaha dan kebahagiaan dalam rumah tangga..

1.Suami menjadi imam
Suami perlu berusaha sedaya upaya menjadi Imam kepada ahli keluarga. Apabila solat berjemaah didirikan did lama rumah, jiwa akan rasa tenang dan bahagia.
Nabi menceritakan, ketika manusia dibangkitkan kelak, terdapat tiga kumpulan manusia yang wajah mereka bercahaya. Mereka ialah:

•wajah bercahaya seperti bintang- org yang segera mendirikan soalt apabila mendengar laungan azan
•wajah bercahaya seperti bulan- org yang suka mendirikan solat jemaah
•wajah bercahaya seperti matahari- org yang istiqamah mendirikan solat berjemaah.

2.Rumah dihiasi dengan bacaan Al Quran
Pada hari kebangkitan, AL Quran akan memberi syafaat kepada org yang rajin membacanya dan dapat menyelamatkan dari azab kubur.

3.Memberi salam
Anggota rumah memberi salam ketika masuk ke dalam rumah dan keluar rumah.Rasul pernah berkata kepada Anas, “ Wahai Anas, berilah salam kepada ahli keluarga rumahmu, nescaya engkau juga mendapat keberkatan daripada Allah, dan ahli keluargamu mendapat keberkatan dari Allah ”.

4.Selalu makan bersama
Nabi pernah bersabda “ Berkumpullah kamu ketika makan, kerana Allah akan menurunkan keberkatan ke atas kamu seisi keluarga ”.
Ketika makan hendaklah saling tegur-menegur dan berbual satu sama lain. Inilah waktu penting untuk bertanya khabar sekeluarga.

5.Selalu menerima tetamu.
Tetamu yang datang ke rumah akan membawa seribu rahmat dan keberkatan.

6.Membawa masuk rezeki yang halal dan diredhai.
Rasul bersabda “ Setiap darah daging yang tumbuh dari sumber pendapatan yang haram, maka neraka adalah lebih baik bagi org itu ”.

7.Sentiasa menghidupkan sunnah.
ANtara sunnah yang mesti dihidupkan seperti mambaca doa ketika melihat cermin, minum air dengan tangan kanan dan sambil duduk, tidak minum dalam bekas sumbing, membaca Al Fatihah dan 3 Qul sewaktu hendak tidur.

8.Rajin berdoa
Firman ALLAH: “ Dan apabila hambaKU bertanya tentangKU, katakan bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa org yang berdoa kepadaKU. ”

Antara doa-doa yang baik diamalkan ialah surah ALI IMRAN ayat 31
Surah AL HASYRU ayat 21, surah ASY SYURA ayat 19.

9.Wujudkan majlis ilmu dalam kelurga.
Wujudkan perpustakaan kecil di rumah, bawa anak-anak ke surau dan masjid untuk bersama-sama mengikuti kuliah agama.

Sekiranya kesemua tip ini diamalkan, insyaALLAh kita mendapat rumah tangga yang bahagia dan diredhai..

*** sumber panduan keluarga bahagia dan diredhai terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd…artikel ::bersama Ustazah Siti Norbahyah Mahamood


»»  READMORE...

November 20, 2010

Tips percintaan jarak jauh

Bercinta jarak jauh bukan satu perkara yang mudah ditangani kerana apabila orang yang begitu disayangi berada jauh dari sisi, hati merindu dendam dan kepercayaan terhadap pasangan harus menebal agar tidak dimamah cemburu ketika menunggu waktu untuk bersama kembali.
 
Disini saya menghidangkan tips yang boleh diguna pakai oleh pencinta jarak jauh dalam mengekalkan hubungan cinta masing-masing walaupun jarak menjadi penghalang. 

1. Jelas dengan Harapan dan Batasan
Sebelum bermula untuk meneroka dunia cinta jarak jauh, pasangan harus mempunyai harapan dan batasan. Pada Julai 2007, Zaki terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur kerana mendapat tawaran sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta dengan gaji RM72 ribu setahun. Teman wanitanya, Khatijah tidak boleh turut serta kerana mempunyai komitmen kerja di Johor Bahru dan mereka belum merancang untuk mendirikan rumahtangga dalam tempoh yang terdekat. Untuk memulakan perhubungan cinta jarak jauh mereka, Zaki dan Khatijah membuat perjanjian untuk telefon at least sekali sehari tidak kira bagaimana sibuk pun mereka. Mereka berjanji tidak akan meluahkan masalah dengan teman lain yang berlainan jantina kerana apabila berjauhan, hati vulnerable dengan perhatian yang diberi orang lain. Jika mereka punya cuti, masing-masing akan cuba untuk berjumpa. Jadi dengan mengenalpasti harapan dan batasan, pasangan akan lebih memahami apa yang perlu dan apa yang jangan dilakukan ketika berjauhan. 

 


 
2. Menghargai Kebebasan
Jangan sentiasa murung dan berteman airmata ketika berjauhan akibat dibuai rindu yang amat sangat. Dia berada jauh dari sisi, tentu sekali perasaan rindu begitu kuat sekali tetapi jika rindu itu perlu diratap sehingga membawa mati atau sekurang-kurang membutakan mata anda sendiri, bukankah tidak wajar begitu? Ketika berjauhan daripada pasangan anda, hargai kebebasan yang dikecapi dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang membuat anda ceria seperti menonton wayang dengan teman-teman, membaca buku kegemaran ketika sunyi atau menonton bola hingga lewat pagi. Johan yang berjauhan dengan teman wanitanya, dia sering menghabiskan masa dengan X-box kerana dia tahu ketika dia bersama dengan Hanim, X-box perlu disimpan dahulu. Menghargai kebebasan ketika berjauhan akan membentuk diri anda untuk menjadi seorang individu yang matang dan dalam pada masa yang sama membina komitmen anda terhadap perhubungan.

 
3. Luahkan Perasaanmu
Kalau dekat-dekat terasa malu untuk meluahkan apa yang terpendam, inilah masanya untuk intim dengan pasanganmu. Walaupun berada jauh antara satu sama lain, kata-kata indah yang diluahkan boleh menjadi penawar rindu anda kepada si dia. Sesekali guna balik pos biasa dengan menghantar surat cara lama kepada pasangan anda berbanding dengan emel. Nyatakan bagaimana perasaan anda terhadap pasangan anda di dalam surat itu. �Ingat lagi masa kita baru jumpa dulu? Abang tak berani pandang muka Ina. Tapi Ina suka tengok Abang malu-malu.� Luahkan apa yang terpendam dan kongsikan perasaanmu bersama si dia kerana kata-kata mampu memanah jiwa, memupuk asmara.

4. Pancawarnakan Kehidupanmu
Untuk suami isteri yang berjauhan, jangan malu bercerita tentang seks atau berkongsi fantasi ketika berjauhan. �Kalau abang ada di rumah sekarang, sayang nak buat apa pada abang?� Dengan berkongsi fantasi dan keinginan, pasangan suami isteri akan dihujani chemistry yang mengujakan! Untuk mereka yang masih bujang, hantar kad yang menarik atau kadang-kadang mungkin boleh kejutkan dia dengan kiriman bunga atau hadiah. Ketika pulang dari kerja, Zeti menjerit suka apabila terlihat sebuah bungkusan diterima daripada buah hatinya di Sarawak yang mengandungi sepasang baju dengan nota, �Aku merinduimu�. 


5. Percayalah�.
Percaya perlu menebal dalam diri. Tak guna bertunjangkan cemburu dalam melayari perhubungan jarak jauh. Perasaan prasangka dan tak percaya hanya akan merosakkan perhubungan. Apabila menelefon Din, Farah selalu merengek kenapa mereka terpaksa berpisah dan betapa sukarnya perhubungan jarak jauh. Daripada merungut tentang kesukaran apabila berjauhan, mulakan perbualan dengan bertanya khabar tentang dia dan apa aktiviti yang dia lakukan. Sentiasa ceria dan maintain positivity agar anda tidak bosan walaupun berjauhan.
Secara ringkasnya, bukan jarak yang menjadi sebab terputusnya hubungan, tetapi kurang memahami pasangan dan kurang komitmen dalam perhubungan sering menjadi faktor penyebab. Tidak ada apa yang perlu digusarkan apabila berjauhan jika masing-masing komited dengan pasangan masing-masing dan berusaha untuk memastikan perhubungan yang sihat dan berkekalan

Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

»»  READMORE...

Salam ukhwah fillah.. harap sudilah follow